Graduan program ini telah mencebur diri dan berkhidmat sama ada dalam sektor awam atau swasta seperti pengurusan dan pentadbiran dalam reka bentuk, perundingan reka bentuk, khidmat teknikal reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan reka bentuk, perniagaan dan keusahawanan reka bentuk dan pendidikan. Program ini ternyata mampu untuk memenuhi permintaan pasaran kerja masa kini berdasarkan kepada perkembangan dunia perindustrian dan komitmen negara demi melonjakkan lebih banyak hasilan kreativiti dan inovasi.