Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mencari kerjaya memandangkan permintaan yang tidak pernah surut dalam bidang bahasa Arab di peringkat tempatan dan antara bangsa. Graduan juga boleh meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi sama ada di universiti dalam negara atau luar negara. Peluang pekerjaan yang memerlukan penguasaan bahasa Arab dalam sektor awam atau swasta meliputi bidang-bidang seperti pembelajaran dan penyelidikan bahasa, penterjemahan, penyiaran dan media, pengurusan perniagaan, pelancongan dan hospitaliti, pendidikan, dan latihan.