Jurutera elektrik dan elektronik mempunyai prospek kerjaya yang luas sama ada dalam agensi kerajaan atau syarikat swasta. Memandangkan bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik diperlukan di mana-mana, graduan dari program ini boleh mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai bidang yang berbeza seperti industri bekalan elektrik, reka bentuk elektronik, telekomunikasi, pembuatan, pengangkutan, kimia, makanan dan petroleum. Mereka juga boleh bekerja di syarikat yang memerlukan penyelenggaraan elektrik dan/atau elektronik. Sehingga hari ini, graduan kami telah bekerja di organisasi nasional dan multinasional terkenal seperti National Instruments, Tenaga Nasional Berhad, Huawei Technology Malaysia Sdn. Bhd., Medivest Sdn. Bhd., Texas Instruments Malaysia Sdn. Bhd., Silterra Malaysia Sdn. Bhd., Agrofish Enterprise, SEE Energy Sdn. Bhd., Honda Malaysia Sdn. Bhd., Sony EMCS Malaysia, Xilinx Asia Pacific, MKS Medic Sdn Bhd, Jabatan Perangkaan Malaysia, Accenture Malaysia, Appsmiths USA, Fingertech, Mekaletrik Konsult Sdn. Bhd, USains Infotech Sdn. Bhd., MS Elevators Engineering Sdn. Bhd., EWC Engineers Singapore, Intel Technology Sdn. Bhd. Edgenta Propel Berhad dan lain-lain lagi. Terdapat juga graduan yang menjadi usahawan dengan menubuhkan syarikat dan terlibat dalam bekalan reka bentuk kejuruteraan, fabrikasi dan alat kejuruteraan.