Selain dengan pengenalan kepada media dan komunikasi, program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian juga dikenali sebagai “industri kreatif” mementingkan kepelbagaian kemahiran dalam pelbagai bidang. Graduan mempunyai peluang yang lebih luas untuk mencari kerjaya kerana pendekatan program ini yang menekankan antara media dan komunikasi dengan ideologi, budaya, kemahiran dan industri kreatif.
Selaras dengan perkembangan dunia teknologi, program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian ini juga menerapkan percaturan dua elemen yang berbeza iaitu konvesional dan juga teknologi. Percaturan gabungan dua elemen ini memberi peluang kepada graduan Bacelor Komunikasi dengan Kepujian untuk berkecimpung dalam kerjaya seperti Wartawan dalam Talian, Pengarah Kreatif, Penerbit Elektronik dan Pegawai Strategik Penjenamaan/Komunikasi. Selain bidang-bidang kerjaya sedia ada seperti wartawan, pegawai komunikasi korporat, editor, dan sebagainya. Organisasi yang yang memerlukan kemahiran dan kepakaran daripada bidang Bacelor Komunikasi dengan Kepujian antaranya adalah Media Prima, Radio Televisyen Malaysia (RTM), BERNAMA, dan syarikat-syarikat tempatan mahupun antarabangsa. Ini kerana bagi bidang tumpuan Komunikasi Kemanusiaan dan Komunikasi Korporat peluang adalah lebih luas dan terbuka terutamanya dalam bidang korporat dan perhubungan awam, yang mana diperlukan di hampir semua organisasi sama ada kerajaan mahupun swasta.