Graduan mempunyai peluang yang luas untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya. Selain itu graduan mempunyai peluang untuk bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan kerajaan dan badan berkanun. Di samping itu, graduan juga mampu mencipta dan menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain sebagai usahawan.