Maklumat Universiti :
Senarai Program

Maklumat Korporat

Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) berperanan merealisasikan objektif MARA dalam memperkasakan pendidikan tertiari yang berkualiti. BPT dipertanggungjawabkan untuk mengawal, merancang dan menyelia program peringkat profesional, diploma dan pra universiti yang dilaksanakan di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM).
BPT juga bertanggungjawab dalam penyediaan prasarana pendidikan yang lengkap, pembentukan kurikulum yang memenuhi keperluan pasaran serta program pembangunan tenaga kerja yang kompeten bagi melahirkan graduan Bumiputera yang holistik, mahir dan profesional.


Objektif

  1. Menawarkan program pengajian yang kompetitif dan diiktiraf bagi memenuhi keperluan negara
  2. Melahirkan graduan yang holistik dengan kebolehpasaran yang tinggi
  3. Membangunkan tenaga kerja yang kompeten dan berintegriti bagi memastikan kualiti perkhidmatan
  4. Memastikan prasarana yang kondusif dan bersesuaian dengan kehendak institusi
  5. Memastikan tadbir urus yang cekap dan dinamik.

Chat 1