PENGENALAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
" UNIVERSITI NO. 1 PENDIDIKAN "
SEMBILAN PULUH LAPAN (98) TAHUN MENERAJUI BIDANG PENDIDIKAN NEGARA
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.
Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) yang pada 29 November 1922 merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi seumpamanya di rantau ini. Pada mulanya hanya bertujuan untuk menyediakan latihan ikhtisas keguruan untuk anak-anak tempatan. Namun begitu, kolej ini mulai menerima pelajar-pelajar dari Singapura, British Borneo, Brunei, Filipina dan juga England kerana keupayaannya menjana bakal guru yang berwibawa. Pada tahun 1959, SITC diubah namanya kepada MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) sebagai memenuhi keperluan melatih bakal guru untuk sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1987 ia dinaikkan taraf menjadi INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) yang juga merupakan langkah permulaannya untuk menjadi sebuah universiti awam.
LOKASI KAMPUS
Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan.
KEDUDUKAN SEKARANG
Seramai lebih kurang 25000 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan peringkat Diploma, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Berikut adalah program-program yang ditawarkan :
1. Diploma
Fakulti | Program |
Bahasa dan Komunikasi |
|
Muzik dan Seni Persembahan |
|
Pembangunan Manusia |
|
Sains dan Matematik |
|
Pengurusan & Ekonomi |
|
Sains Sukan dan Kejurulatihan |
|
Sains Kemanusiaan |
|
Seni, Komputeran dan Industri Kreatif |
|
Teknikal dan Vokasional |
|