PENGENALAN RINGKAS UNIVERSITI
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan Universiti Awam (UA) yang ke-14 yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di dua (2) buah kampus iaitu Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal dan Kampus Teknologi di Ayer Keroh. UTeM mempunyai tujuh (6) buah Fakulti yang menawarkan program pengajian di dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan Kedoktoran).
VISI
Menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.
MISI
UTeM bertekad untuk menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan:
1. Memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan dan kesarjanaan teknikal yang inovatif
2. Membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional
3. Menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti
MOTO
Kompetensi Teras Kegemilangan
MATLAMAT PENDIDIKAN
1. Mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri;
2. Melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah dan peka kepada tanggungjawab sosial;
3. Menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan;
4. Menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara;
5. Melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan;
6. Melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan;
7. Melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.
PELAKSANAAN PROGRAM AKADEMIK
UTeM ialah Universiti Berfokus dengan penumpuan kepada bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang merupakan aktiviti teras Universiti bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara. Kualiti pendidikan yang ditawarkan sentiasa dikawalselia bagi menepati standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan badan profesional serta setanding dengan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia.
Penyediaan dan pengukuhan kurikulum pengajian dilaksanakan secara berterusan dengan penglibatan sektor industri dan stakeholder lain. Kerjasama strategik ini menghasilkan kurikulum yang sentiasa relevan, dinamik dan memenuhi tiga (3) objektif utama iaitu bahagian teori yang menepati perkembangan saintifik dan teknologi, bahagian pengajaran yang berkait rapat dengan keperluan dan permasalahan dalam industri dan kelebaran serta kedalaman pengajian bagi membolehkan graduan mengadaptasi dengan cepat di dalam bidang- bidang baru.
Selain itu, pelaksanaan kaedah P&P berteraskan Outcome Based Education dan menjurus kepada Problem Centered & Action Learning dan Experiential Learning serta diperkukuhkan dengan tenaga pengajar yang berkelayakan akan memastikan UTeM terus berdaya saing dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.
Bagi merealisasikan usaha ini, UTeM telah menyediakan P&P yang terbaik dan terkini. Pengajaran yang berkonsepkan Teaching Factory yang dilengkapkan dengan peralatan dan mesin- mesin berteknologi tinggi serta kemudahan ICT yang terkini mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang kondusif dan paradigma baru dalam penyampaian ilmu pengetahuan.
Perubahan dan anjakan baru dalam pendidikan tinggi akan menghasilkan modal insan cemerlang dengan mentaliti kelas pertama. Modal insan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang kemahiran yang dilengkapi pula dengan kemahiran insaniah menjadi pilihan utama para majikan. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar, kurikulum pengajian diperkukuhkan dengan matapelajaran seperti keusahawanan, pemikiran kreatif dan kemahiran berkomunikasi. Aktiviti kerohanian dan jati diri juga diwajibkan kepada semua pelajar sebagai nilai tambah kepada kecemerlangan akademik. Ini akan memudahkan graduan UTeM mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
PROGRAM MOBILITI PELAJAR
Semasa pengajian, pelajar-pelajar program Ijazah Sarjana Muda berpeluang untuk menjalani satu (1) semester penuh pengajaran di beberapa universiti/IPT dalam atau luar negara yang terpilih di bawah Program Mobiliti Pelajar dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh UTeM. Melalui program mobiliti berkredit, tempoh pengajian dan kredit mata pelajaran yang telah lulus boleh dikira sebagai memenuhi syarat dan keperluan kursus pengajian di UTeM disamping pelajar dapat memperkayakan pengalaman pembelajaran.
Di antara Universiti/IPT yang telah mengadakan kerjasama mobiliti pelajar dengan UTeM adalah:-
1. TELECOM BRETAGNE, FRANCE
2. UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
3. HANNOVER UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCE, GERMANY
4. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), MALAYSIA
5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), MALAYSIA
6. KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
7. INFORMATICS AND BUSINESS INSTITUTE (IBI), INDONESIA
8. INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG (ITB), INDONESIA
9. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM), MALAYSIA
10. INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
11. UNIVERSITAS SEBELAS MARET (UNS), INDONESIA
12. UNIVERSITAS INTERNASIONAL BATAM (UIB), INDONESIA
13. MARMARA UNIVERSITY, ISTANBUL TURKEY
14. GEBZE TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
15. YILDIZ TECHNICAL UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
16. ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
Selain daripada itu, UTeM juga telah menghantar dan menerima pelajar mengikuti Program Mobiliti Pelajar Tanpa Kredit ke/dari beberapa buah universiti seperti:
1. INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
2. KUMOH NATIONAL INSTITUTE OF TECHNOLOGY (KIT), KOREA SELATAN
3. TELECOM BRETAGNE, FRANCE
4. UNIVERSITAS ATMAJAYA YOGYAKARTA, INDONESIA
5. TUKOSHIMA UNIVERSITY, JEPUN
6. ISTANBUL AYDIN UNIVERSITY, ISTANBUL, TURKEY
7. UNIVERSITI FENG CHIA, TAIWAN
8. UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA
9. KOOKMIN UNIVERSITY, KOREA SELATAN
10. UNIVERSITAS DIAN NUSWONTORO (UDINUS), INDONESIA
11. AL-ZAEIM AL AZHARI UNIVERSITY (AAU)
SISTEM PENARAFAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (SETARA)
Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap enam Kerangka Kelayakan Malaysia (peringkat Ijazah Pertama) bagi Universiti dan Kolej Universiti di Malaysia.
SETARA mengklasifikasi penarafan kepada enam tahap (Tier) dengan Tier 6 sebagai tahap tertinggi (Terbilang/Outstanding) dan Tier 1 sebagai yang paling rendah (Lemah/Weak). UTeM merupakan salah sebuah Universiti Awam (UA) yang telah mencapai Tier 5 (Cemerlang/Excellent)
FAKULTI/INSTITUT
1. Fakulti yang beroperasi di Kampus Induk, Durian Tunggal ialah:
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).
- Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK).
- Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP); dan
- Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
2. Fakulti yang beroperasi di Kampus Teknologi, Ayer Keroh ialah :
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).
- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).
- Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan(FTKMP); dan
- Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT).
TAHUN AKADEMIK (SISTEM SEMESTER)
Sistem Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu perkuliahan. Disamping dua semester lazim, Universiti juga mempunyai Semester Khas (Semester Pendek) yang diadakan dalam musim cuti akhir tahun akademik. Semester Khas ini tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus.
Bagi program Diploma, UTeM juga mempunyai Semester Khas Permulaan yang diadakan sebelum bermulanya Semester I dan wajib dijalani oleh semua pelajar baharu Diploma. Tahun Akademik yang dilaksanakan secara amnya adalah seperti berikut:
Semester Khas Permulaan (Untuk Pelajar program Diploma sahaja)
Perkuliahan & Peperiksaan | 8 minggu |
Cuti Semester Khas Permulaan | 5 minggu |
Perkuliahan | 7 minggu |
Cuti Pertengahan Semester | 1 minggu |
Perkuliahan | 7 minggu |
Minggu Ulangkaji | 1 minggu |
Peperiksaan | 2 minggu |
Cuti Antara Semester | 3 minggu |
Cuti Akhir Tahun Akademik | 13 minggu |
Cuti Antara Semester | 1 minggu |
Perkuliahan & Peperiksaan | 8 minggu |
Cuti Akhir Semester | 4 minggu |
JENIS BAYARAN | PROGRAM DIPLOMA | ||||||||
SEMESTER KHAS | SEMESTER | SEMESTER | |||||||
PERMULAAN | 1 | 2 - 5 | |||||||
(RM) | (RM) | (RM) | |||||||
A. | YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN | ||||||||
a. | Yuran Minggu Haluan Siswa * | - | 226.00 | - | |||||
b. | Yuran Pendaftaran | 20.00 | - | - | |||||
c. | Yuran Alumni | 100.00 | - | - | |||||
d. | Yuran Ko-Kurikulum | 200.00 | - | - | |||||
e. | Bayaran Kad Pintar | 50.00 | - | - | |||||
370.00 | 226.00 | - | |||||||
B. | YURAN BERULANG (SETIAP SEMESTER) | ||||||||
a. | Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar | 30.00 | 30.00 | 30.00 | |||||
b. | Yuran Perkhidmatan | 140.00 | 140.00 | 140.00 | |||||
c. | Yuran Pelajaran | 150.00 | 300.00 | 300.00 | |||||
(Bidang Teknologi & Teknikal) | |||||||||
d. | Yuran Penginapan | 224.00 | 504.00 | 504.00 | |||||
544.00 | 974.00 | 974.00 | |||||||
JUMLAH KESELURUHAN (A+ B) | 914.00 | 1,200.00 | 974.00 | ||||||
JENIS BAYARAN / SEMESTER |
PROGRAM PENGAJIAN KEJURUTERAAN, TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DAN PENGURUSAN TEKNOLOGI/TEKNOUSAHAWANAN |
|||||||||
SEM 1 |
SEM 2 |
SEM 3 |
SEM 4 |
SEM 5 |
SEM 6 |
SEM 7 |
SEM 8 |
|||
A. |
YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN |
|||||||||
(RM) | (RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
|||
a. | Yuran Minggu Haluan Siswa | 226.00 | - | - | - | - | - | - | - | |
b. | Yuran Pendaftaran | 20.00 | - | - | - | - | - | - | - | |
c. | Yuran Alumni | 100.00 | - | - | - | - | - | - | - | |
d. | Yuran Ko-Kurikulum | 200.00 | - | - | - | - | - | - | - | |
e. | Bayaran Kad Pintar | 50.00 | - | - | - | - | - | - | - | |
Jumlah | 596.00 | - | - | - | - | - | - | - | ||
B. | YURAN BERULANG (SETIAP SEMESTER) |
|||||||||
a. | Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | |
b. | Yuran Perkhidmatan | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | |
c. | Yuran Pelajaran (Bidang Teknologi & Teknikal) |
850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | |
d. | Yuran Penginapan | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | |
e. | Yuran Kursus Persijilan Profesional | 100.00 | 100.00 | 100.00 | 100.00 | - |
- |
- |
- |
|
Jumlah | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | ||
JUMLAH KESELURUHAN (A+ B) |
2,220.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | ||
JENIS BAYARAN / SEMESTER |
PROGRAM PENGAJIAN SAINS KOMPUTER/ TEKNOLOGI MAKLUMAT |
|||||||
SEM 1 |
SEM 2 |
SEM 3 |
SEM 4 |
SEM 5 |
SEM 6 |
SEM 7 |
||
A. |
YURAN SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN |
|||||||
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
(RM) |
||
a. | Yuran Minggu Haluan Siswa | 226.00 | - | - | - | - | - | - |
b. | Yuran Pendaftaran | 20.00 | - | - | - | - | - | - |
c. | Yuran Alumni | 100.00 | - | - | - | - | - | - |
d. | Yuran Ko-Kurikulum | 200.00 | - | - | - | - | - | - |
e. | Bayaran Kad Pintar | 50.00 | - | - | - | - | - | - |
Jumlah | 596.00 | - | - | - | - | - | - | |
B. | YURAN BERULANG (SETIAP SEMESTER) |
|||||||
a. | Yuran Aktiviti & Khairat Pelajar | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 | 30.00 |
b. | Yuran Perkhidmatan | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 | 140.00 |
c. | Yuran Pelajaran (Bidang Teknologi & Teknikal) |
850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 | 850.00 |
d. | Yuran Penginapan | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 | 504.00 |
e. | Yuran Kursus Persijilan Profesional | 100.00 | 100.00 | 100.00 | 100.00 | - |
- |
- |
Jumlah | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | |
JUMLAH KESELURUHAN (A+ B) |
2,220.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,624.00 | 1,524.00 | 1,524.00 | 1,524.00 |