PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.
Matlamat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga-peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA bertukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan di Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun 1965.
Pada tahun 1970 Maktab MARA bertukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi autonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. Ia diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai universiti tempatan awam dan membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut.
Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah pengisytiharan dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.
Kini UiTM menawarkan sejumlah 138 program pengajian di peringkat Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat Sarjana Muda dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain.
PENGGUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:
GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI
- Fakulti Sains Gunaan;
- Fakulti Sains Komputer dan Matematik;
- Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur;
- Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi;
- Fakulti Perubatan;
- Fakulti Pergigian;
- Fakulti Sains Kesihatan;
- Fakulti Farmasi;
- Kolej Pengajian Kejuruteraan;
- Fakulti Perladangan dan Agroteknologi;
GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
- Fakulti Undang-Undang;
- Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi;
- Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media;
- Kolej Pengajian Seni Kreatif;
- Fakulti Pendidikan;
GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN
- Fakulti Perakaunan;
- Fakulti Pengurusan Perniagaan;
- Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan;
- Fakulti Pengurusan Maklumat;
PUSAT AKADEMIK
- Akademi Pengajian Bahasa;
- Akademi Pengajian Islam Kontemporari
MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Motto
Usaha, Taqwa, Mulia
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Falsafah
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.
JANGKA MASA PROGRAM
Jangka masa program peringkat Sarjana Muda ialah enam (6) hingga lapan (8) semester. Satu (1) semester bersamaan enam ( 6 ) bulan.
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun, iaitu pengambilan bagi sesi Oktober dan Mac. Untuk sesi pengambilan Oktober, pemohon dikehendaki memajukan permohonan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA , Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan sesi pengambilan Mac pula dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui
https://pengambilan.uitm.edu.my dalam tempoh ditetapkan. Iklan pengambilan disiarkan oleh KPT dalam akhbar tempatan pada awal Januari bagi kemasukan sesi Oktober dan oleh UiTM pada bulan Oktober bagi kemasukan sesi Mac.
KEPERLUAN AKADEMIK
Pelajar mestilah mendaftar kursus keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan Sarjana Muda.
PANDUAN MEMILIH PROGRAM
Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan pemohon untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.
PANDUAN MEMILIH PROGRAM SEBAGAI PROGRAM PILIHAN:
Pastikan hanya memilih program yang
memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja.
- Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
- Mendapatkan maklumat program yang hendak dipohon dengan membaca syarat-syarat khas program tersebut.
- Sekiranya perlu boleh mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor atau kampus cawangan UiTM yang berhampiran.
PENYATAAN KHAS:
PEMILIHAN CALON BERDASARKAN SISTEM MERITOKRASI.
- Tidak semua calon yang layak itu berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
- Tidak semua yang berjaya itu ditawarkan program pilihan kerana persaingan program yang dipohon.
PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN
Salinan borang permohonan serta salinan sijil-sijil TIDAK PERLU dihantar ke Universiti Teknologi MARA.
MENCETAK SURAT TAWARAN
Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran, bil bayaran serta dokumen penting di dalam laman web
https://pengambilan.uitm.edu.my bagi tujuan pendaftaran dan pembayaran yuran di mana-mana cawangan Bank Islam.
YURAN PENGAJIAN
Yuran yang dikenakan ke atas setiap pelajar mengikut kadar satu semester adalah RM200.
KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN
Pada dasarnya bagi semua pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi adalah disediakan kolej kediaman.
PINJAMAN PTPTN
BANTUAN KEWANGAN/ZAKAT
Bagi pelajar yang tergolong daripada golongan fakir miskin boleh mendapatkan bantuan kewangan/zakat.
Permohonan hendaklah dibuat melalui surat kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar kampus masing-masing dengan menyertakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga yang disahkan oleh Wakil Rakyat/Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung.
PUSAT/UNIT KESIHATAN
Setiap kampus UiTM mempunyai Pusat / Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelajar UiTM.
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan disediakan di setiap kampus UiTM.
KAMPUS PENGAJIAN
Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di mana-mana kampus Universiti Teknologi MARA, di seluruh negara bergantung kepada program pengajian yang dijalankan.
KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
KETERANGAN LANJUT
Keterangan lanjut mengenai syarat kemasukan dan program yang dijalankan boleh diperolehi di kampus-kampus seperti yang tercatat atau di fakulti berkaitan atau di alamat seperti berikut:
Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN