Maklumat Universiti :
Senarai Program

PENGENALAN

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah.  Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.  Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM.  Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi. Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu. Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam.  Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan  seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin.  Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin.
 
VISI
Visi UMT adalah "Universiti Berfokus Marin Terunggul Dalam Negara dan Disegani Diperingkat Global".
 
MISI
Misi UMT adalah "Menjana Ilmu Untuk Kesejahteraan Masyarakat dan Kelestarian Alam". 
 

FAKULTI

Universiti Malaysia Terengganu mempunyai lima (7) buah Fakulti dan satu (1) Pusat Asasi seperti berikut:
1.       Fakulti Sains Dan Sekitaran Marin (FSSM)
2.       Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM)
3.       Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK)
4.       Fakulti Sains Perikanan Dan Akuakultur (FSPA)
5.       Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial (FPEPS)
6.       Fakulti Pengajian Maritim (FPM)
7.       Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA)  
8.       Pusat Asasi STEM

Setiap Fakulti yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu
 
1) Fakulti Sains Dan Sekitaran Marin (FSSM)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6443001 Sarjana Muda Sains (Sains Marin) dengan Kepujian
UG6443002 Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dengan Kepujian
UG6421001 Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) dengan Kepujian
UG6442001 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) dengan Kepujian
UG6443003 Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian
UG6422001 Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) dengan Kepujian
UG6422002 Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) dengan Kepujian
UG6441001 Sarjana Muda Sains Nanofizik dengan Kepujian
 
2) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6481002 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian
UG6481001 Sajana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) dengan Kepujian
UG6481003 Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim dengan Kepujian
UG6461003 Sarjana Muda Sains (Analitik Data) dengan Kepujian
UG6461002 Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) dengan Kepujian
UG6461001 Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) dengan Kepujian

3) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6545001 Sarjana Muda Sains Gunaan (Elektronik dan Instrumentasi) dengan Kepujian
UG6422003 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian
UG6525001 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian
UG6525003 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Senibina Kapal) Dengan Kepujian
UG6400001 Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui Dengan Kepujian
UG6522001 Sarjana Muda Teknologi Elektrik (Tenaga Dan Kuasa) Dengan Kepujian
UG6525004 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) Dengan Kepujian (Dual Degree)
UG6862001 Sarjana Muda Sains Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dengan Teknologi Persekitaran (Kepujian)
 
4) Fakulti Sains Perikanan Dan Akuakultur (FSPA)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6624001 Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan) dengan Kepujian
UG6624002 Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian
UG4624001 Diploma Perikanan
 
5) Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial (FPEPS)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6314001 Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) dengan Kepujian
UG6342001 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian
UG6344001 Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
UG6762001 Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
UG6762002 Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian
UG6812001 Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian
UG6343001 Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian
 
6) Fakulti Pengajian Maritim (FPM)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6345001 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan Kepujian
UG6525002 Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim dengan Kepujian dengan Kepujian 
UG6840001 Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan Kepujian

7) Fakulti Sains Makanan dan Agroteknologi (FSMA)
Program-program yang ditawarkan oleh Fakulti ini adalah seperti berikut:
UG6541001 Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian
UG6541002 Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan) dengan Kepujian
UG6621001 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Sains Tanaman) dengan Kepujian
UG6621002 Sarjana Muda Teknologi Pemprosesan Agro dengan Kepujian
       
8) Pusat Asasi STEM (PASTEM)
Program yang ditawarkan buat masa sekarang oleh PASTEM adalah:
UG0010001 Asasi STEM

 
KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi:
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA)
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

Tel : 09-6334532/4219/4536/4925/4335
Faks : 09-668 4143
Laman Web : www.umt.edu.my
 

Chat 1