UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)
VISI
Universiti Teknologi Terunggul
MISI
Kami komited menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan teknologi aras tinggi yang dipacu bersama komuniti melalui ekosistem keusahawanan sosial
SLOGAN
Teknologi Untuk Masyarakat
OBJEKTIF
- Melahirkan graduan yang berketerampilan melalui program kejuruteraan dan teknologi yang kompetitif.
- Menerajui inisiatif terkini dalam bidang penyelidikan yang berkaitan dengan industri.
- Menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan kepada industri dan masyarakat berdasarkan nic dan bidang kepakaran.
- Diiktiraf sebagai sebuah institusi yang mengamalkan pengurusan dan budaya kerja cemerlang.
POLISI
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertekad untuk memberikan pendidikan teknikal berasaskan kompetensi yang berkualiti tinggi agar memenuhi malah menjangkaui kehendak pelanggan melalui penyediaan program akademik yang berkualiti, konsultansi, latihan, penerbitan, dan penyelidikan gunaan serta pengkomersialan. Kami berazam untuk meningkatkan bisnes kami secara berterusan melalui inovasi dan pembangunan teknologi.
LATAR BELAKANG
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) adalah sebuah univesiti teknikal yang ditubuhkan pada 16 Februari 2002. UMPSA menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi serta program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi.
MAKLUMAT UMUM
Universiti Awam |
Universiti Awam (UA) ke-16 di Malaysia |
Universiti Teknikal |
Universiti terbaik dalam Jaringan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi |
Pendidikan dan Penyelidikan |
Menyediakan pendidikan tinggi dan penyelidikan khusus kepada Technical and Vocational Education Training (TVET) aras tinggi |
Penarafan Universiti |
Universiti terbaik di tangga 100-150 dunia dalam kategori Universiti di bawah 50 tahun |
Kampus |
UMPSA Kampus Pekan
- Kampus utama
- Mempunyai keluasan 642 ekar
- Terletak di zon automatif dan perindustrian di Pekan Pahang
|
UMPSA Kampus Gambang
- Kampus kedua
- Mempunyai keluasan 126 ekar
- Terletak berhampiran Lebuhraya Pantai Timur dan zon perindustrian
|
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Pengarah
Pusat Pemasaran & Kemasukan Akademik
Canseleri Tun Abdul Razak
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-431 5060 / 6825 / 6800
Fax : -
Maklumat lanjut boleh juga didapati di laman web :
https://admission.umpsa.edu.my ,
www.umpsa.edu.my