Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasnya UMK merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang ke-19 ditubuhkan di negara ini. UMK ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2006 melalui Perintah Universiti Malaysia Kelantan (Pemerbadanan) 2006 setelah cadangan penubuhan UMK diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006.
Objektif utama penubuhan UMK adalah untuk menghasilkan para graduan dan penyelidik terlatih untuk membantu inisiatif kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berkualiti.
Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.
Objektif khusus UMK pula adalah untuk meneroka, membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang berteraskan keusahawanan, perniagaan, warisan, teknologi kreatif industrI pertanian dan sains sumber asli menerusi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang berkualiti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat sepenuhnya.
UMK pada masa ini menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Asasi (Sains) dan Ijazah Sarjana Muda melalui sembilan (9) Fakulti dan satu (1) Jabatan iaitu Fakulti Keusahawanan & Perniagaan, Fakulti Industri Asas Tani, Fakulti Sains Bumi, Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Senibina dan Ekistik, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah dan Fakulti Sains Data dan Komputeran.
Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang. Usaha gigih terus dipacu tanpa henti demi kesejahteraan dan kemapanan universiti sesuai dengan dengan tagline kami
“Entrepreneurship is Our Thrust”.
VISI
Peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.
MISI
UMK menyediakan :
- Program akademik berkualiti dan releven
- Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
- Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab social yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan
UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran kondusif ; dan Warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.
MOTO UMK
"Keusahawanan Teras Kami"
OBJEKTIF
- Menyediakan kursus pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum.
- Membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat.
- Membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan dan pengurusan.
- Membangun kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil & sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara.
- Menyediakan infrastruktur dan sistem sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia.
- Melaksanakan aktiviti pembangunan wilayah sejajar dengan rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
- Mengamalkan sistem tadbir urus dan pengurusan kewangan yang efektif serta berintegriti tinggi.
FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN (PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE)
Universiti Malaysia Kelantan mempunyai
SEPULUH (10) fakulti iaitu
:
Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (FTKW)
- UL6213001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Dengan Kepujian
Elektif :
Rekabentuk Komunikasi Visual
Elektif :
Rekabentuk Perindustrian
Elektif :
Pengajian Skrin
Elektif :
Tekstil Fesyen
Elektif :
Multimedia
Elektif :
Seni Halus
Elektif :
Animasi
- UL6225001 - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian
Elektif :
Konservasi Warisan
Elektif :
Kesusasteraan Warisan
Elektif :
Seni Persembahan
Elektif :
Warisan Budaya
Fakulti Senibina dan Ekistik (FSE)
- UL6581001 - Ijazah Sarjana Muda Senibina Landskap Dengan Kepujian
- UL6581002 - Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina Dengan Kepujian
- UL6214001 - Ijazah Sarjana Muda Senibina Dalaman Dengan Kepujian
Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI)
- UL6321001 – Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan Dengan Bahasa Inggeris Kepujian
- UL6224001 – Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Dengan Keusahawanan Kepujian
- UL6310001 – Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Komuniti Dengan Keusahawanan Sosial Kepujian
Fakulti Keusahawanan & Perniagaan (FKP)
- UL6340001 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Dengan Kepujian (2u2i)
- UL6340002 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian
- UL6340003 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Dan Kewangan Islam) Dengan Kepujian
- UL6345001 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) Dengan Kepujian
- UL6340004 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik Dan Perniagaan Pengedaran) Dengan Kepujian
- UL6340005 - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik Dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawan (Logistik Dan Perniagaan Pengedaran) Dengan Kepujian(3u1i)
- UL6344001 - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian
Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK)
- UL6345002 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) Dengan Kepujian
- UL6345004 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) Dengan Kepujian
- UL6345003 - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kesejahteraan) Dengan Kepujian
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
- UL6640001 - Doktor Perubatan Veterinar
Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK)
- UL6482001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian
Fakulti Industri Asas Tani (FIAT)
- UL6620001 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Penternakan) Dengan Kepujian
- UL662100 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Agroteknologi) Dengan Kepujian
- UL6540002Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Produk Agro) Dengan Kepujian
- UL6541001 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) Dengan Kepujian
Fakulti Sains Bumi (FSB)
- UL6850001 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) Dengan Kepujian
- UL6443001 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) Dengan Kepujian
- UL6440001 - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar) Dengan Kepujian
- UL6422002 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Analitik Alam Sekitar ) Dengan Kepujian
Fakulti Biokejuruteraan Dan Teknologi (FBKT)
- UL6545001 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bioindustri Dengan Kepujian
- UL6545002 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Bahan Industri Dengan Kepujian
- UL6545003 - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Sumber Hutan Dengan Kepujian
- UL6522001 - Sarjana Muda Teknologi Tenaga dengan Kepujian
- UL6544001 - Sarjana Muda Teknologi Mineral Dengan Kepujian
HUBUNGI KAMI
PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok,
Kelantan.
Tel : 09-7797612/7615/7607
E-mail : akademik@umk.edu.my
www.umk.edu.my