UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22 ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian. Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Universiti Pertanian Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras dengan dasar dan keperluan Negara.
Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997, nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
Kini Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah sebuah Universiti penyelidikan yang terunggul di Malaysia. Sebagai sebuah Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang mempunyai reputasi bertaraf antarabangsa, UPM telah berjaya menyatukan para pelajar dan warga kerja dari serata dunia sekali gus menjadikan UPM sebuah entiti global yang amat disegani.
Universiti Putra Malaysia kini mempunyai lima belas (15) fakulti termasuk dua (2) di Kampus Bintulu, Sarawak, sebelas (11) Institut dan dua (2) Sekolah. UPM menawarkan lapan puluh (80) program Bacelor termasuk 4 program duplikasi , lapan (8) program Diploma, satu (1) program Asasi dan dua ratus lapan puluh sembilan (289) bidang di peringkat Pasca Siswazah.
VISI
Menjadi Sebuah Universiti Bereputasi Antarabangsa.
MISI
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.
NILAI
Kecemerlangan, Kepelbagaian, Kelestarian, Integriti
MATLAMAT
1. Mempertingkat kualiti dan daya saing graduan
2. Penjanaan nilai melalui ekosistem RDCE yang mantap dan lestari
3. Melonjak perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat
4. Memperkasa UPM sebagai pusat kecemerlangan pertanian
5. Mempertingkat kualiti tadbir urus
KEMUDAHAN
Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga UPM untuk menjaga kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Universiti. Antara kemudahan-kemudahan yang ada ialah:-
a) Penginapan
Universiti menyediakan sebanyak sembilan (9) buah kolej kediaman di Kampus Serdang dan satu (1) di Kampus UPM Bintulu yang berupaya menampung 1,000 pelajar setiap kolej. Kolej-kolej kediaman ini menyediakan pelbagai kemudahan. Ini termasuklah dewan, bilik rehat, surau dan lain-lain. Kolej kediaman tidak lagi menyediakan makanan sejak 1996, sebaliknya makanan boleh dibeli dari kafetaria dalam kampus. Adalah menjadi polisi Universiti untuk mengutamakan pelajar baharu dalam pemberian tempat penginapan di kolej kediaman.
b) Perpustakaan
Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Universiti Putra Malaysia terdiri daripada dua blok bangunan berkembar yang mempunyai keluasan lantai kira-kira 19,007 meter persegi dan menyediakan tempat duduk untuk lebih 2,000 orang pengguna pada setaip satu masa. Bagi menampung peningkatan jumlah pengguna dan memenuhi keperluan maklumat fakulti, PSAS kini mempunyai empat (4) buah cawangan iaitu Perpustakaan Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Perubatan Veterinar, Perpustakaan Kejuruteraan & Senibina dan Perpustakaan Kampus Bintulu (Sarawak). Selain itu, PSAS juga menyediakan ruang khusus untuk pelajar pasca siswazah yang dikenali sebagai Anjung Siswazah terletak di Blok B, PSAS. Ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pembelajaran dan penyelidikan. PSAS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepda penggunanya sejajar dengan peredaran teknologi maklumat dan keperluan semasa. Selain menyediakan bahan bercetak dan bahan media, PSAS juga menyediakan maklumat dalam format elektronik.
c) Perkhidmatan Bas
UPM turut menyediakan kemudahan bas untuk pergerakan pelajar di dalam dan di luar kampus bagi memastikan para pelajar menikmati kehidupan yang berkualiti dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran.
d) Komuter dan Teksi
Mahasiswa UPM boleh mendapatkan perkhidmatan bas yang menghubungkan Kampus UPM dengan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Serdang. Perkhidmatan teksi juga boleh diperoleh dengan mudah di sekitar UPM. Pelajar juga boleh mendapatkan perkhidmatan komuter untuk ke destinasi-destinasi tertentu. Stesen komuter yang berdekatan dengan UPM ialah Komuter Serdang. Pelajar boleh menaiki bas ataupun teksi untuk ke stesen komuter tersebut.
e) Bank dan Pejabat Pos
Terdapat sebuah bank di Kampus UPM, iaitu CIMB Bank untuk kemudahan warga kampus mengendalikan urusan kewangan. Beberapa buah bank juga telah menyediakan beberapa buah mesin autoteller di tempat yang strategik dan selamat. Terdapat sebuah pejabat pos yang ditempatkan di Kolej Mohamad Rashid untuk kemudahan para mahasiswa dan warga kampus mendapatkan perkhidmatan pos, bayaran bil, memperbaharui lesen memandu dan pelbagai perkhidmatan lain.
f) ICT
UPM ialah sebuah Universiti yang proaktif dalam menjangka kesan transformasi ICT ke atas pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran, kerjasama dan pembangunan komuniti. ICT yang diterajui oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan ICT untuk kegunaan warga UPM.
g) Koperasi dan Kedai Buku
Terdapat sebuah kedai koperasi yang menjual segala kelengkapan alat tulis dan buku-buku rujukan serta keperluan harian mahasiswa.
h) Kemudahan Sukan
Selama ini, UPM menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif sukan kepada mahasiswa. Hasrat UPM untuk melahirkan atlet yang berpendidikan tinggi sentiasa menjadi keutamaan. Sebuah Blok Atlet di Kolej Kediaman Keenam disediakan bagi kemudahan penginapan para atlet.
Seterusnya UPM juga memiliki sebuah kompleks sukan yang terdiri daripada stadium utama untuk acara trek dan balapan, dewan serbaguna untuk pelbagai acara termasuk Skuash, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar, Bola Keranjang dan lain-lain sukan dalam dewan. UPM juga menyediakan padang-padang permainan untuk keperluan mahasiswa bersukan.
Di UPM, sukan ragbi menjadi sebutan dalam dan luar kampus. Siapa tidak kenal dengan pasukan Serdang Angel yang sememangnya digeruni lawan setiap kali menyertai kejohanan peringkat kebangsaan dan jemputan. Sudah tentu kemudahan padang ragbi bertaraf dunia memberi sedikit kelebihan untuk mahasiswa UPM bergiat aktif dalam sukan ragbi dan kebanyakan mereka mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang tenis yang berkualiti dan padang hoki yang baru melengkapkan lagi persediaan UPM dalam memberi kemudahan terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh mahasiswa.
i) Kemudahan Riadah dan Rekreasi Moden
Mahasiswa UPM dikira bertuah apabila memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan di sebalik kehijauan pokok-pokok yang merimbun. Panorama sedemikian boleh menenangkan fikiran setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seluruh warga kampus boleh menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi dengan penuh semangat tanpa gangguan dan pencemaran. Pihak Universiti telah mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan kemudahan yang serba moden untuk manfaat semua. Pembinaan trek dan kemudahan riadah lain sepanjang 7 km melalui dusun buah-buahan dan merentasi pemandangan tasik menarik minat warga kampus untuk memulakan gaya hidup sihat.
Langkah UPM melancarkan program “Gerak Sihat” di kalangan mahasiswa dan staf setiap awal bulan menggalakkan warga kampus mempunyai tahap kesihatan tinggi dan kecerdasan minda yang boleh meningkatkan prestasi belajar dan bekerja.
UPM juga kaya dengan lokasi rekreasi yang pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam mengejar kecemerlangan akademik. Contohnya Bukit Ekspo yang menawarkan kemudahan satu destinasi yang menarik dan pilihan sekeluarga. Bukit Ekspo menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk sesiapa sahaja menjalankan aktiviti termasuk memancing, bersampan, sukaneka keluarga, tapak perkhemahan, tapak ekspo , flying fox dan lain-lain lagi.
Aktiviti menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar adalah sesuatu yang menarik terdapat di UPM. Bagi penggemar sukan golf, UPM memiliki kemudahan padang golf 18 lubang.
j) Pusat Kesihatan Universiti
Pusat Kesihatan Universiti telah menjadi antara pusat kesihatan universiti terkemuka di Malaysia, dengan perkhidmatan perubatan dan pergigian primer yang merangkumi pelbagai bidang,termasuk Perkhimatan Kesihatan Umum, Perkhidmatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH), Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Rehabilitasi, serta kemudahan makmal diagnostik dan pengimejan yang dipertingkatkan, selaras dengan visi dan misinya untuk menjadi pusat kesihatan primer setaraf negara maju.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADA PERINGKAT IJAZAH BACELOR
UPM adalah sebuah Universiti yang menawarkan program pelbagai bidang dan disiplin. Program-program yang ditawarkan di peringkat Ijazah Bacelor mengikut Fakulti / Sekolah adalah seperti berikut:-
FAKULTI PERTANIAN
1. UP6621001 – Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian #
2. UP6621002 – Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian #
3. UP6621004 – Bacelor Pertanian Sains Ternakan dengan Kepujian
4. UP6621005 – Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian
5. UP6622001 – Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian
6. UP6624001 – Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
1. UP6345007 – Bacelor Pengurusan Alam Sekitar dengan Kepujian
2. UP6422001 – Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar dengan Kepujian
3. UP6623001 - Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian (Kampus Serdang)
4. UP6623003 – Bacelor Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian
5. UP6812001 – Bacelor Sains Taman dan Rekreasi dengan Kepujian
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
1. UP6640001 – Doktor Perubatan Veterinar #
SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI
1. UP6314001 – Bacelor Ekonomi dengan Kepujian
2. UP6344001 – Bacelor Perakaunan (Kepujian)
3. UP6345001 – Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
FAKULTI KEJURUTERAAN
1. UP6521001 – Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
2. UP6523001 – Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
3. UP6523002 – Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dengan Kepujian
4. UP6524001 – Bacelor Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
5. UP6524002 – Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem dengan Kepujian
6. UP6525001 – Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian
7. UP6526001 – Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
8. UP6541004 – Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan dengan Kepujian
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
1. UP6145001 – Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian #
2. UP6145002 – Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian #
3. UP6145003 – Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian #
4. UP6145004 – Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian #
5. UP6145005 – Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga dengan Kepujian #
6. UP6145006 – Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian #
7. UP6345002 – Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian #
8. UP6762001 – Bacelor Kaunseling dengan Kepujian #
FAKULTI SAINS
1. UP6142001 – Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian) #
2. UP6142002 – Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian) #
3. UP6142003 – Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan (Kepujian) #
4. UP6142004 – Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) #
5. UP6421002 – Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian
6. UP6440001 – Bacelor Sains dalam Sains Bahan dengan Kepujian
7. UP6440002 – Bacelor Sains dalam Sains Instrumentasi dengan Kepujian
8. UP6441001 – Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian
9. UP6442001 – Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian
10. UP6442002 – Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
11. UP6442003 – Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian
12. UP6461001 – Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian
13. UP6462001 – Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
1. UP6541001 – Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
2. UP6541002 – Bacelor Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian
3. UP6541003 – Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian
4. UP6541005 – Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
1. UP6222001 – Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
2. UP6223001 – Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian
3. UP6224001 – Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
4. UP6224002 – Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian #
5. UP6224003 – Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian
6. UP6224004 – Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian
7. UP6224005 – Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian
8. UP6224006 – Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian
9. UP6321001 – Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
1. UP6421001 – Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian
2. UP6721001 – Doktor Perubatan #
3. UP6723001 – Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian #
4. UP6726001 – Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian #
5. UP6726002 – Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian
6. UP6862001 – Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
1. UP6214001 – Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dengan Kepujian #
2. UP6581001 – Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian #
3. UP6581002 – Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian #
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. UP6481001 – Bacelor Sains Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian
2. UP6481002 – Bacelor Sains Komputer (Multimedia) dengan Kepujian
3. UP6481003 – Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
4. UP6481004 – Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
1. UP6421003 – Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
2. UP6421004 – Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
3. UP6421005 – Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian
4. UP6545001 – Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN (KAMPUS BINTULU, SARAWAK)
1. UP6621003 – Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
2. UP6623002 – Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian (Kampus Bintulu, Sarawak)
3. UP6624002 – Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian (Kampus Bintulu, Sarawak)
FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS (KAMPUS BINTULU, SARAWAK)
1. UP6345006 – Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
2. UP6442004 – Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
# Program bertemu duga
MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN PADA PERINGKAT IJAZAH BACELOR
FAKULTI PERTANIAN
Kod dan Nama Program : UP6621001 - Bacelor Sains Pertanian dengan Kepujian #
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program ini bercorak multi dan interdisiplin serta berfokus kepada sains pertanian yang merangkumi bidang sains asas, sains gunaan dan sains sosial. Program ini juga memberi penekanan terhadap aspek sains dan teknologi pengeluaran serta penggunaan komoditi pertanian perladangan, pertanian makanan dan pertanian bersepadu.
Kod dan Nama Program : UP6621002 – Bacelor Sains Pengurusan Perladangan dengan Kepujian #
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pengurusan Perladangan (BSPP) ini merupakan satu bentuk program pengajian yang dikendalikan berdasarkan mod 2u2i di mana pelajar akan mengambil kursus selama tiga (3) tahun di UPM dan menjalankan latihan di industri perladangan selama satu (1) tahun. Melalui program ini, pelajar didedahkan kepada alam pekerjaan sebenar di industri perladangan selama satu (1) tahun sebelum bergraduat
Kod dan Nama Program : UP6621004 - Bacelor Pertanian Sains Ternakan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Malumat Ringkas Program
Program ini bertujuan menghasilkan graduan yang berdaya saing melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pendekatan kemahiran berfikir secara saintifik. Graduan juga mampu membangun dan mengurus ladang ternakan dan menjaga haiwan lain dengan menitikberatkan amalan penternakan baik dan kelestarian alam sekitar. Mereka juga didedahkan dengan konsep atribut keusahawanan dan kompeten menjalankan aktiviti mengurus ternakan dan agro industri.
Kod dan Nama Program : UP6621005 - Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian
Tempoh Pngajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran dalam kalangan eksekutif bagi sektor swasta dan awam. Selaras dengan perkembangan ekonomi negara dan potensi bidang pertanian sebagai sumber pendapatan secara berpanjangan, graduan melalui program ini berupaya untuk mengaplikasikan ilmi perniagaan dalam bidang pertanian, mempelajari rantaian perniagaan dalam negara dan diperingkat antarabangsa.
Kod dan Nama Program: UP6622001- Bacelor Sains Hortikultur dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program ini bercorak multi dan interdisiplin serta berfokus kepada sains hortikultur secara spesifiknya. Program ini merangkumi bidang sains asas, biologi gunaan, sains tanah, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Program ini juga memberi penekanan dalam aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan bidang hortikultur.
Kod dan Nama Program : UP6624001 Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian digubal khas untuk memenuhi keperluan industri akuakultur air tawar dan marin yang merupakan sektor pertanian yang paling pesat membangun. Pelajar program didedahkan dengan kemahiran teori dan praktikal dalam bidang akuakultur, keusahawanan dan pengurusan perniagaan, ICT, kepimpinan dan lain-lain.
FAKULTI PERHUTANAN DAN ALAM SEKITAR
Kod dan Nama Program : UP6623001 Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Objektif program ini ialah untuk melatih pelajar dalam bidang perhutanan. Graduan yang dihasilkan daripada program ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus sumber hutan, industri perkayuan dan sumber rekreasi serta pelancongan secara efisyen berlandaskan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. Secara khusus, program ini bertujuan untuk melahirkan graduan berikut :
i. Terlatih, profesional dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber hutan dan aktiviti dalam sektor perhutanan,
ii. Dapat menggunakan teknologi terkini dalam sektor perhutanan,
iii. Kreatif dan inovatif, berdaya saing dan bertanggungjawab ke atas masyarakat, budaya dan persekitaran, dan
iv. Mampu serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja global dalam aktiviti pembelajaran dan penyelidikan dalam sektor perhutanan.
Kod dan Nama Program : UP6623003 Bacelor Sains dan Teknologi Kayu dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan dan teknikal dalam industri berasaskan kayu bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan dan teknologi terkini. Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :
i. Berpengetahuan dalam menguruskan penggunaan sumber hasil hutan negara secara optimum,
ii. Mahir dalam teknologi pembuatan dan pemprosesan bahan kayu dan lignoselulosa di samping peka terhadap perlindungan alam sekitar, dan
iii. Mempunyai keupayaan sebagai pengurus profesional dalam bidang pengeluaran dan pemprosesan kayu dan hasil hutan
Kod dan Nama Program : UP6812001 Bacelor Sains Taman dan Rekreasi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko-pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar akan didedahkan kepada konsep, teori, dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini dalam bidang sains rekreasi dan ekopelancongan. Program ini menghasilkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing, yang mampu untuk bergerak ke hadapan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Ini sejajar dengan trend global, iaitu "sustainable and green tourism" yang memberi fokus kepada rekreasi dan ekopelancongan berimpak rendah dan mampan seperti yang ditekankan di dalam United Nation Sustainable Development Goals. Secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut :
a) menghasilkan ahli profesional yang kompeten dan berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang berkaitan sains taman dan rekreasi,
b) menghasilkan ahli profesional yang berupaya meningkatkan nilai tambah diri dan daya saing untuk menyumbang kepada penerokaan ilmu di dalam bidang sains taman dan rekreasi,
c) menghasilkan pengamal yang mampu memimpin pengorganisasian program berkaitan rekreasi dan ekopelancongan secara kreatif dan berkesan.
Kod dan Nama Program : UP6345007 - Bacelor Pengurusan Alam Sekitar dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar ini dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar, berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mampan, di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
Kod Nama Program : UP6422001 - Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains dan Teknologi Alam Sekitar merupakan satu program pelbagai disiplin yang menekankan kepada penguasaan aspek sains teras dan gunaan dalam bidang alam sekitar serta eksplorasi teknologi berkaitan dalam konteks pemuliharaan dan penyelesaian isu alam sekitar. Pendekatan dengan kombinasi menyeluruh bagi mengkaji fenomena dan isu alam sekitar serta mempelopori pendekatan baharu untuk penyelesaian masalah lama adalah dirancang dengan teliti untuk memastikan graduan program BSTAS berdaya saing dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang sains dan teknologi alam sekitar. Latihan profesional amat dititik beratkan dalam program ini di mana pelajar ditempatkan di pelbagai agensi awam dan swasta bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman menyelesaikan masalah secara lebih praktik dalam keadaan sebenar. Secara khusus, objektif program ini adalah bagi:
FAKULTI PERUBATAN VETERINAR
Kod dan Nama Program : UP6640001 – Doktor Perubatan Veterinar #
Tempoh Pengajian : 10 semester / 5 tahun
Maklumat Ringkas Program
Seorang pelajar Program Doktor Perubatan Veterinar (DVM) sepenuh masa dikehendaki mendaftarkan dan menghadiri sejumlah 12 hingga 20 kredit kursus setiap semester (18 minggu) Dalam kebanyakan kursus, prestasi pelajar ditentukan oleh penilaian berterusan dengan satu peperiksaan akhir pada akhir semester. Tempoh minimum program DVM adalah 5 tahun atau 10 semester dan berjaya menyelesaikan tidak kurang dari 189 jumlah kredit. Pelajar boleh memohon untuk lanjutan tempoh belajar jika mereka dikehendaki mengulang kursus yang gagal atau disebabkan oleh sebab peribadi seperti penyakit.
Graduan Fakulti Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh dan berdaftar dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVM) untuk mendapatkan sijil yang membolehkan mereka berlatih bekerja di Malaysia sebagai doktor haiwan yang berkelayakan.
SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI
Kod dan Nama Program: UP6314001 - Bacelor Ekonomi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Ekonomi mula ditawarkan pada tahun 1994 oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan). Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih dan berkualiti di dalam bidang ekonomi bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kemajuan negara
Program Bacelor Ekonomi dengan Kepujian, UPM adalah berbeza dengan universiti lain yang mana ianya memberikan penekanan kepada komponen kuantitatif dan komponen teori. Selain itu, program ini juga tidak mengkhusus kepada sesuatu bidang (pengkhususan) ekonomi. Ini selaras dengan matlamat dalam melahirkan graduan yang berdaya saing malah mempunyai pengetahuan dalam pelbagai cabang bidang ekonomi yang bersifat melengkapi antara satu sama lain. Pada tahun 2012, program Bacelor Ekonomi dengan Kepujian, UPM adalah yang pertama diiktiraf oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB), menunjukkan program ini adalah bersifat kompetitif bukan sahaja di peringkat nasional malah di persada antarabangsa.
Kod dan Nama Program: UP6344001 - Bacelor Perakaunan (Kepujian)
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Bacelor Perakaunan (Kepujian) mula ditawarkan pada tahun 1985. Program ini mendapat pengiktirafan institusi tempatan iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan pengiktirafan antarabangsa iaitu the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), The Malaysian Institute of Public Accountants (MICPA), Chartered Accountants Australia & New Zealand (CAANZ), dan Certified Public Accountant (CPA) (Australia).
Program Bacelor Perakaunan (Kepujian) di SPE merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan kerajaan Malaysia di bawah Akta Perakaunan 1967. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung pengecualian akreditasi bagi Program Bacelor Perakaunan (Kepujian), Universiti Putra Malaysia selama lima tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025. Pengiktirafan ini bermakna graduan Bacelor Perakaunan (Kepujian) UPM hanya perlu menduduki peperiksaan profesional untuk empat (4) daripada tiga belas (13) kertas ACCA yang ditawarkan bermula daripada tahun empat pengajian atau selepas menamatkan Program Bacelor Perakaunan (Kepujian) di UPM.
Kod dan Nama Program: UP6345001 - Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), merupakan program yang pertama mendapat akreditasi AACSB berbanding dengan universiti tempatan lain. Program ini juga adalah lebih mantap kerana kursus yang ditawarkan kebanyakannya adalah kursus sedia ada selaras dengan keperluan standard program MQA bagi Program Pentadbiran Perniagaan.
Program ini menawarkan lima (5) kursus elektif opsyen iaitu: Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan.
Akreditasi ACCSB yang diperolehi oleh program Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian membolehkan SPE dan UPM mencapai matlamat kualiti pendidikan dan penambahbaikan secara berterusan yang memberi tumpuan kepada cabaran yang memberi kesan kepada kecemerlangan pendidikan pengurusan sejagat dalam persekitaran antarabangsa.
FAKULTI KEJURUTERAAN
Kod dan Nama Program: UP6525001- Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Aeroangkasa dengan Kepujian ini ditawar bagi membantu membangunkan industri aeroangkasa seperti yang telah dilancarkan dalam “Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030”. Kandungan program ini telah diolah dan merangkumi kedua-dua cabang bidang Kejuruteraan Aeroangkasa:
• Kejuruteraan Aeronautik – Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang seperti aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik penerbangan, dan kawalan dan kestabilan pesawat.
• Kejuruteraan Astronautik – Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang seperti mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, telekomunikasi, struktur angkasa dan pendorongan roket.
Kod dan Nama Program: UP6526001 - Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian adalah ditawarkan bagi membantu negara melahirkan graduan yang holistik, membudayakan sains, berteknologi dan berinovasi.
Tiga objektif utama program ini adalah untuk melahirkan jurutera yang:
(i) berkepakaran dalam bidang kejuruteraan awam serta mempunyai kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berkerja dalam industri,
(ii) kreatif, inovatif, serta prihatin dan bertanggungjawb terhadap masyarakat, budaya, persekitaran, dan
(iii) mampu bekerja dalam reka bentuk pembaungan termaju di peringkat nasional dan antrabangsa.
Program Bacelor Kejuruteraan Awam dengan Kepujian adalah satu program pengajian 4 tahun (136 kredit) yang merangkumi kursus berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Struktur, Kejuruteraan Air dan Alam Sekitar, Kejuruteraan Geoteknik dan Geologi, Kejuruteraan Lebuh Raya dan Pengangkutan, dan Pengurusan Projek.
Kod dan Nama Program: UP6524002 - Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem dengan Kepujian (BKPBDK) ditawarkan dengan tempoh pengajian 4 tahun dan jumlah kredit bergraduat sebanyak 135. Selaras dengan matlamat negara untuk memperkasa bidang pertanian bagi memastikan kelestarian bekalan makanan serta penjanaan pendapatan yang lumayan, program ini memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dan berkemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan rekabentuk peralatan pertanian dan kenderaan luar jalan; robot dan pengautomatan; sistem kawalan dan rawatan hasil buangan pertanian; melindungi kualiti dan pengurusan air di permukaan dan bawah tanah; kemudahan tanaman dan ternakan; serta pengurusan perladangan dan sumber asli menggunakan teknologi maklumat. Program ini mempunyai empat pilihan pengkhususan iaitu Lepas Tuai dan Sekitaran, Tanah dan Sumber Air, Informatik Pertanian serta Mekanisasi dan Automasi. Objektif program ini adalah; i) untuk melahirkan jurutera yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan pertanian dan biosistem dengan kemahiran dan sikap yang sesuai untuk bekerja dalam industri; ii) untuk melahirkan jurutera yang kreatif dan inovatif, serta prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat, budaya dan persekitaran; iii) untuk mengeluarkan jurutera yang berkebolehan untuk menyelesaikan masalah rekabentuk dan pembangunan termaju di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar juga didedahkan kepada pertandingan berkaitan kejuruteraan pertanian dan biosistem di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta berpeluang mengikuti latihan praktikal dan menyertai program pertukaran pelajar di luar negara.
Kod dan Nama Program: UP6523001 - Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian adalah program 4 tahun yang telah ditawarkan sebagai tindakan kepada keperluan negara untuk jurutera elektrik dan elektronik. Program ini menumpukan dalam menghasilkan jurutera elektrik dan elektronik dilengkapi dengan asas-asas kejuruteraan yang kukuh dan khusus sama ada dalam Kejuruteraan Mikroelektronik, Kuasa atau Kawalan. Program ini diiktiraf sepenuhnya oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC), Malaysia.
Kod dan Nama Program: UP6524001 - Bacelor Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian merupakan program 4 tahun, di mana para pelajar dikehendaki menamatkan 135 kredit pembelajaran sebelum bergraduat. Pelajar juga dikehendaki memilih salah satu daripada bidang pengkhususan yang ditawarkan iaitu Kejuruteraan Proses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Biokimia dan Kejuruteraan dan Sains Bahan pada tahun akhir pengajian mereka. Pelajar perlu menjalani Latihan Industri selama 10 minggu (minimum) semasa cuti antara Semester 6 dan 7 pengajian. Objektif utama penawaran program ini ialah untuk menghasilkan graduan jurutera terlatih dalam bidang kejuruteraan kimia. Jurutera kimia bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan mengubahsuai proses dan loji kimia, biokimia, makanan, air dan airsisa. Di samping itu, jurutera kimia juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pembakaran dan bahan bakar, pemindahan haba dan jisim, pemilihan bahan, keselamatan loji, alam sekitar, pemprosesan dan kesan teknologi terhadap masyarakat. Jurutera kimia juga harus memastikan reka bentuk sesuatu proses dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap, ekonomik, selamat, lestari dan mesra alam.
Kod dan Nama Program: UP6521001 - Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian merupakan program 4 tahun, di mana para pelajar dikehendaki menamatkan 136 kredit pembelajaran sebelum bergraduat. Pelajar juga dikehendaki menjalani Latihan Industri selama minimum 10 minggu semasa cuti semester pada Semester Kedua, Tahun 3. Objektif utama penawaran program ini ialah untuk mengeluarkan graduan jurutera terlatih dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan pengetahuan tambahan dalam bidang kejuruteraan pembuatan. Jurutera mekanikal bertanggungjawab dalam reka bentuk mekanikal, teknologi pembakaran dan bahan bakar, pemindahan haba, pemilihan bahan, pemprosesan pembuatan, kawalan automatik, keselamatan produk dan kesan teknologi terhadap masyarakat. Jurutera mekanikal juga harus memastikan reka bentuk sesuatu alat dibuat dengan cekap, berkesan, boleh harap dan ekonomik. Di samping itu, mereka mengilhamkan, merancang, mereka bentuk dan mengarah pembuatan, pengagihan dan operasi pelbagai jenis peranti, mesin dan sistem untuk pemprosesan bahan, pengangkutan, penyelenggaraan dan tujuan-tujuan lain.
Kod dan Nama Program: UP6541004 - Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Makanan ialah satu sumber penting bagi kehidupan manusia. Keperluan untuk memproses dan menghasilkan makanan dalam kuantiti yang besar memerlukan ilmu kejuruteraan, supaya makanan yang berkualiti dapat dihasilkan bagi kegunaan manusia melalui proses yang selamat, cekap dan ekonomi. Menyedari perkara tersebut, UPM menawarkan Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan yang mengandungi elemen daripada pelbagai bidang yang berkaitan bagi menghasilkan seorang jurutera proses dan makanan yang kompeten.
Pelajar boleh memilih salah satu daripada tiga pengkhususan semasa di dalam tahun terakhir pengajian:
1. Opsyen Kejuruteraan Proses Bio-bahan. Opsyen ini memberi penekanan kepada aplikasi prinsip dan konsep kejuruteraan proses dalam pemprosesan komoditi pertanian utama negara dan juga pemprosesan untuk memajukan produk baru berasaskan bio untuk kegunaan sebagai bahan makanan dan bahan mentah untuk industri pembuatan.
2. Opsyen Kejuruteraan Makanan. Opsyen ini memberi penekanan kepada aplikasi prinsip dan konsep kejuruteraan proses dalam industri pemprosesan makanan.
3. Opsyen Kejuruteraan Reka Bentuk Mesin Pemprosesan. Opsyen ini memberi penekanan kepada kursus berkaitan dengan reka bentuk mesin khas bagi industri proses dan makanan.
Kursus elektif lain juga ada ditawarkan kepada pelajar tahun akhir seperti kursus pemprosesan minyak kelapa sawit, kursus teknologi farmasi, kursus teknologi penyemperitan makanan, kursus teknologi serbuk dan kursus pemprosesan beras.
Kod dan Nama Program: UP6523002 - Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi dengan Kepujian adalah satu program pengajian 4 tahun dengan 135 jumlah kredit untuk bergraduat. Program ini merangkumi kursus yang berkaitan dengan penerapan pengetahuan dan kebolehan dalam menyelesaikan masalah serta melaksanakan reka bentuk dan pembangunan untuk melahirkan kepakaran dalam bidang kejuruteraan sistem komputer dan komunikasi. Program ini juga selaras dengan matlamat Dasar Perindustrian Negara bagi membangunkan teknologi dan tenaga rakyat dalam bidang kejuruteraan sistem komputer dan komunikasi. Objektif program ini adalah untuk melahirkan jurutera yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kejuruteraan sistem komputer dan komunikasi, serta menyediakan kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk bekerja di dalam industri. Bimbingan juga diberikan bagi memupuk pemikiran yang kreatif dan inovatif, serta menerapkan keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat, budaya dan persekitaran. Program ini juga mensasarkan kepada jurutera yang berkemampuan menyesuaikan diri dengan suasana kerja global serta meneruskan penyelidikan dan pembelajaran di dalam bidang Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi.
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
Kod dan Nama Program: UP6145001 Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Jangka masa pengajian untuk Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian adalah empat (4) tahun dan jumlah nilai kredit ialah 126. Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian merupakan program terulung dan pertama di Malaysia yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 1979. Matlamat program ini adalah melahirkan guru Pendidikan Jasmani yang i) professional dan kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab guru; ii) berketrampilan dan berkemahiran dalam bidang Pendidikan; iii) dapat menterjemahkan teori pengajaran dan pembelajaran kepada proses dan amalan pendidikan berkesan; dan iv) mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan. Selain itu, konsep holistik dalam Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian merangkumi kemahiran insaniah, kesedaran sosial, kemahiran professional melalui integrasi ilmu, kemahiran pendidikan kesihatan, kemahiran asas teori dan konsep pendidikan.
Selain itu, UPM merupakan universiti pertama menawarkan Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian yang dikendalikan oleh pensyarah bertauliah yang berpengalaman dan mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi setiap kursus. Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian di Fakulti Pengajian Pendidikan ini adalah berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang melihat setiap individu mempunyai potensi yang boleh diserlahkan dan dikembangkan melalui pendidikan sepanjang hayat. Pendekatan falsafah ini adalah sejajar dengan tumpuan utama pembangunan modal insan dalam Dasar Pendidikan Negara iaitu memperkukuhkan pembelajaran sepanjang hayat.
Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian ini dapat melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mempunyai kefahaman tentang fakta, konsep, prinsip dan teori penting berkenaan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan; mengaplikasi kemahiran teknikal, praktikal, dan psikomotor dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan; mempamerkan keupayaan menggunakan profesion dan keguruan serta tatacara amalan yang berkualti dalam ketentuan pendidikan dengan cekap, kreatif dan inovatif serta menangani pelbagai isu budaya pelajar; memenuhi keperluan piawaian professional keguruan yang diperakui pada semua peringkat dan institusi pendidikan, mempamerkan kemahiran interpersonal dan komunikasi serta berkeupayaan untuk bekerjasama; mempamerkan kepimpinan professional yang sesuai dengan tanggungjawab yang diberi; mengaplikasi kemahiran saintifik dan penyelesaian masalah dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan; mempamerkan kebolehan muhasabah diri dan pembelajaran sepanjang hayat; mempamerkan kemahiran keusahawanan dan TMK dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan; mempamer kecekapan dalam pembangunan pengetahuan umum, kepelbagaian bakat dan peningkatan potensi individu secara berterusan; dan mempamer keupayaan dan kecekapan dalam perkhimatan komuniti dan kesukarelawanan.
Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program ini merupakan kunci utama kekuatan Program Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian ini antaranya kursus Biomekanik, Fisiologi Senam, Anatomi dan Fisologi Manusia, Pembelajaran dan Perkembangan Motor, Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kegiatan sukan, Pendidikan Luar dan pelbagai lagi kursus yang menjadi kekuatan program ini.
Kod dan Nama Program : UP6762001 Bacelor Kaunseling dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Kaunseling dengan Kepujian (BK) telah ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia bermula tahun 2018. Matlamat program ini adalah untuk:
Kurikulum BK diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan menepati Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia); yang akhirnya membolehkan para graduan mendaftar diri sebagai kaunselor profesional yang dikenali sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Perakuan Amalan. Graduan BK terlatih dalam mengaplikasi pengetahuan kaunseling dan psikologi yang merangkumi teori kaunseling, kemahiran asas dan lanjutan kaunseling serta kefahaman tentang perkembangan manusia dalam mengendalikan isu berkaitan personal, psikososial, akademik, kesihatan mental, kerjaya, kekeluargaan dan ketagihan. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan falsafah perkhidmatan kaunseling serta etika kaunseling. Graduan didedahkan kepada kepelbagaian budaya semasa menjalani latihan praktikum dan internship yang mana pengalaman ini menyediakan graduan untuk memberikan perkhidmatan penuh empati, kongruen dan tanpa syarat kepada klien yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Kod dan Nama Program : UP6145002 Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian (BPBK) telah ditawarkan sejak 1981. Matlamat program ini adalah untuk :
Kurikulum BPBK diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan menepati Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia), yang akhirnya membolehkan para graduan mendaftarkan diri sebagai kaunselor profesional di Malaysia yang dikenali sebagai Kaunselor Berdaftar beserta dengan Perakuan Amalan. Graduan BPBK terlatih dalam mengaplikasi pengetahuan kaunseling dan psikologi serta ilmu keguruan yang merangkumi teori kaunseling, kemahiran asas dan lanjutan kaunseling, kefahaman tentang perkembangan manusia serta asas pendidikan dalam mengendalikan isu berkaitan personal, psikososial, akademik, kesihatan mental, kerjaya, kekeluargaan dan ketagihan. Tumpuan pengajian ialah terhadap prinsip dan falsafah perkhidmatan kaunseling dan keguruan, serta etika kaunseling dan keguruan. Graduan didedahkan kepada kepelbagaian budaya semasa menjalani latihan mengajar, praktikum dan internship yang mana pengalaman ini menyediakan graduan untuk memberikan perkhidmatan penuh empati, kongruen dan tanpa syarat kepada klien yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Kod dan Nama Program: UP6145006- Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian mengambil masa lapan semester / empat (4) tahun merupakan program pertama yang melahirkan guru dan tenaga pengajar dalam bidang pendidikan sains pertanian di sekolah menengah, kolej vokasional, dan kolej komuniti. Program ini ditawarkan dan dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan bermula tahun 1979.
Graduan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang pendidikan pertanian. Graduan program terlatih dalam bidang pendidikan, pengajaran dan sains pertanian. Tumpuan pengajian ialah terhadap pengajaran dalam bidang sains pertanian dan graduan program ini menguasai kemahiran saintifik seta boleh menyelesaikan masalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dari kursus- kursus yang dikuiti.
Antara disiplin yang terdapat dalam program Bacelor Pendidikan Sains Pertanian dengan Kepujian termasuklah kursus-kursus asas pendidikan, kursus amalan professional perguruan, dan kursus teras disiplin pertanian yang merangkumi tanaman, hortikultur, pengeluaran ternakan, mekanisasi pertanian, akuakultur, dan keusahawanan.
Kod dan Nama Program: UP6145003 - Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian#
Tempoh Pengajian: 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian yang mengambil masa empat (4) tahun. Program ini merupakan salah satu program terawal yang ditawarkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM malah di Malaysia amnya. Program ini berfokus kepada mata pelajaran major, iaitu Bahasa Melayu dan mata pelajaran minor (tumpuan kedua), iaitu Kesusasteraan Melayu. Program ini turut memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mengaplikasikan kaedah pengajaran kemahiran bahasa, pengurusan kurikulum, komunikasi dalam konteks kemahiran kemahiran insaniah serta kaedah penyelidikan.
Graduan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu adalah terlatih dalam aspek pedagogi khususnya dalam mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu peringkat sekolah menengah seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tumpuan pengajian ialah terhadap aspek pedagogi khususnya pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kurikulum, kemahiran penguasaan berbahasa (kemahiran dengar-tutur (lisan), membaca dan menulis) serta pendedahan kepada bidang penyelidikan bahasa dan kesusasteraan. Di samping itu, program ini turut memberi membuka ruang dan peluang kepada pelajar bagi mendalami ilmu berkaitan bidang penulisan kreatif dan apresiasi persembahan, seperti pementasan drama, berpuisi, pidato, syarahan dan inovasi bahan pengajaran.
Antara disiplin merentas kurikulum ialah falsafah, psikologi, sosiologi, kaunseling, moral, kemahiran Bahasa Inggeris, penulisan kreatif, kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), penguasaan tatabahasa dan pengurusan kokurikulum.
Kod dan Nama Program : UP6145004- Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian #
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua dengan Kepujian yang mengambil masa empat (4) tahun ini adalah telah mula ditawarkan semenjak tahun 1983. Program ini ditawarkan kepada lepasan Matrikulasi atau Asasi, Diploma, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah pertama. Penamaan semula program telah dibuat pada tahun 2017 kepada Bacelor Pendidikan TESL dengan jumlah keseluruhan 127 kredit minimum untuk bergraduat termasuk 2 kredit kursus kokurikulum. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah sejajar dengan usaha fakulti ke arah kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, khidmat perundingan dan pengembangan dalam bidang TESL sesuai dengan status UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Antara disiplin yang terdapat dalam bidang TESL termasuklah kursus-kursus pengajaran kemahiran bahasa, tatabahasa, komunikasi, literasi, linguistik, pengajaran kesusasteraan Bahasa Inggeris, perancangan bahasa dan pembangunan program serta penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Kod dan Nama Program : UP6345002 - Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian yang mengambil masa empat (4) tahun ini adalah program yang dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan. Program ini menekankan pengetahuan Asas Pembangunan Sumber Manusia, penekanan disiplin Teras Pembangunan Sumber Manusia sebagai pengukuhan Bidang Pembangunan Sumber Manusia. Selain itu, program ini menekankan pengetahuan dan kemahiran, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran dalam profesion PSM melalui integrasi ilmu, kemahiran insaniah dan kesedaran sosial serta kaedah penyelidikan.
Matlamat program Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia adalah bagi menghasilkan graduan yang kompeten dalam bidang yang berkaitan dengan Pembangunan Sumber Manusia, mengikuti pembangunan profesional berterusan dan menyambung pengajian ke peringkat siswazah serta beretika dan berintegriti dalam bidang berkaitan Pembangunan Sumber Manusia.
Program ini mempunyai struktur kurikulum yang holistik serta bersepadu dalam pembangunan sumber manusia bukan sahaja di peringkat individu dan organisasi malahan juga di peringkat komuniti bagi mempertingkatkan kesedaran tanggungjawab sosial graduan BSPSM dalam usaha untuk membangunkan sumber manusia. Program ini mempunyai program latihan industri yang mantap dengan memberi pendedahan industri kepada pelajar selama enam bulan dalam persekitaran kerja yang sebenar. Kursus DCE4901 (Latihan Industri) ditawarkan pada semester akhir (Semester 8) selepas melengkapkan kursus DCE4959 (Disertasi Bacelor). Ini akan dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan kerana pelajar akan dapat mempraktikkan pengetahuan kepada proses kerja di alam kerjaya dengan lebih berkesan.
Kod dan Nama Program : UP6145005 - BACELOR PENDIDIKAN SAINS RUMAH TANGGA DENGAN KEPUJIAN
Tempoh Pengajian : Lapan (8) semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Pendidikan Sains Rumah Tangga (BPSRT) telah bermula sejak tahun 1976. Program ini ditawarkan kepada lepasan Matrikulasi atau Asasi, Diploma, dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf. Program ini bermatlamat melahirkan pegawai pendidikan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga, beretika dan beriltizam tinggi terhadap profesion perguruan. kreatif, inovatif serta peka
dalam dunia bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga dan berupaya menyelesaikan masalah melalui kajian dalam bidang Pendidikan Sains Rumah Tangga.
Program ini memberi penekanan aspek sains dan teknologi kepada tiga (3) disiplin iaitu makanan dan pemakanan, jahitan dan rekaan fesyen, dan seni kecantikan. Graduan perlu menguasai elemen-elemen asas sains dan teknologi agar mereka memahami rational teori dan kemahiran secara mendalam dan berupaya menyampaikan ilmu ketika bergelar pendidikan atau usahawan kelak. Dalam disiplin Makanan dan Pemakanan, aspek teori dan kemahiran tentang nutrisi dan sains pemakanan, prinsip dan kaedah memasak masakan timur dan barat, pengurusan dan layanan restoran diberi penekanan. Manakala di dalam disiplin Jahitan dan Rekaan Fesyen, aspek teori dan kemahiran tentang semua aspek penyediaan pakaian dari reka bentuk fesyen, penghasilan pola reka bentuk pakaian, jahitan, kemasan, peragaan dan pemasaran fesyen didalami oleh para graduan. Elemen seperti kajian fabrik, sejarah fesyen dan aplikasi teknologi
dalam dunia fesyen juga ditekankan. Disiplin Seni kecantikan pula memberi penekanan yang mendalam tentang pengetahuan sains dan teknologi seperti anatomi dan fisiologi manusia, biologi bahan dan tubuh manusia, nutrisi, kandungan kimia bahan penjagaan diri dan kosmetologi serta proses sains dalam rawatan kecantikan muka, rambut dan dan tubuh badan. Kemahiran bagi setiap elemen dalam dunia Seni Kecantikan ditekankan dengan SOP yang digariskan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan rawatan.
FAKULTI SAINS
Kod dan Nama Program: UP6421002 - Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian memberi tumpuan kepada Biologi Asas dan Gunaan untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan luas dalam bidang biologi; berkemahiran teknikal yang tinggi dalam bidang biologi serta dapat menggunakan kaedah saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai situasi dan berdaya saing melalui pendekatan kemahiran berfikir secara saintifik, kreatif dan kritis. Matlamat program adalah untuk memastikan graduan program ini mempunyai pengetahuan mendalam, berkemahiran teknikal tinggi, berkemahiran analitikal dalam penyelesaian masalah, mempunyai pengetahuan saintifik dan berkebolehan dalam melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat berkaitan biologi.
Kod dan Nama Program: UP6142001- Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian)
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) ditawarkan untuk memenuhi keperluan tenaga guru Sains Biologi di sekolah awam dan membantu pembentukan kekayaan dan pembangunan negara menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu. Walaupun program ini telah diklasifikasikan sebagai program pasaran terbuka mulai 2013, graduan program ini masih boleh berkhidmat bukan sahaja di sekolah bantuan kerajaan malahan juga di sekolah antarabangsa dan persendirian di negara ini. Program ini membantu pembinaan modal insan samada sebagai seorang pendidik, ahli biologi dan penyelidik.
Kod dan Nama Program: UP6441001 - Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian ditawarkan untuk melahirkan ahli fizik yang berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal serta berdaya saing bagi menerajui bidang berasaskan sains fizik di dalam negara mahupun di peringkat global. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan penyelidik bidang fizik yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan.
Kod dan Nama Program: UP6440001 - Bacelor Sains dalam Sains Bahan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains dalam Sains Bahan dengan Kepujian ditawarkan untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang Sains Bahan samada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri.
Kod dan Nama Program: UP6440002 - Bacelor Sains dalam Sains Instrumentasi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains dalam Sains Instrumentasi dengan Kepujian ditawarkan untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang Sains Instrumentasi dan elektronik seperti bidang sensor, teknologi kawalan, mikroprosesor, pensuisan pantas (ultrafast switching), fotonik dan optoelektronik samada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri.
Kod dan Nama Program: UP6142002 - Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian)
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian) ditawarkan untuk melahirkan pendidik yang mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat bagi membina daya saing dan berupaya menyumbang kepada penerokaan serta penyebaran ilmu untuk memacu pembangunan negara. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan ahli fizik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran fizik yang menyeluruh dan terkini beserta latar belakang bidang pendidikan yang mantap.
Kod dan Nama Program: UP6442001 - Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Kimia dengan Kepujian terdiri dari bidang kimia tradisional seperti kimia fizikal, kimia analitikal, kimia organik dan kimia tak organik. Pengetahuan dan kemahiran dipertingkatkan lagi dengan kursus kimia kontemporari seperti kimia polimer, kinetik kimia, termodinamik kimia dan kimia pengkomputeran. Untuk memperkayakan pengalaman, pelajar dikehendaki memilih kursus pilihan dari bidang kimia alam sekitar, kimia makanan, atau kimia yang digunakan. Contoh-contoh kursus elektif yang ditawarkan ialah Kimia Perindustrian, Katalisis, Bioproses Makanan, Kimia dan Analisis Komponen Makro Makanan, Penilaian Impak Alam Sekitar, dan Kimia Marin.
Kod dan Nama Program: UP6442002 - Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian diwujudkan bertujuan untuk menerapkan konsep-konsep asas kimia tradisi melalui kursus-kursus seperti kimia fizikal, kimia analitik, kimia organik dan kimia tak organik dan untuk menerapkan konsep-konsep yang penting untuk industri melalui kursus-kursus seperti Prinsip Teknologi Kimia, Kimia Perindustrian dan Kimia Polimer Industri. Kursus-kursus yang berorientasikan industri ini memberi bimbingan kepada pelajar melalui teori, lawatan tapak dan kajian kes. Pengalaman pelajar diperkayakan lagi oleh kursus-kursus elektif seperti Asas Pemprosesan Makanan dan Pemeliharaan, Pengurusan Projek Kejuruteraan, Oleokimia dan Kimia Keadaan Pepejal.
Kod dan Nama Program: UP6442003 - Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Kimia Petroleum dengan Kepujian menggabungkan bidang kimia asas (fizikal, analitik, organik dan organik) dengan penekanan terhadap petroleum dan industri petrokimia. Ia memberi tumpuan kepada menyediakan pelajar dengan pengetahuan teori terperinci, lawatan tapak atau pengalaman kajian kes mengenai topik seperti Prinsip Teknologi Kimia, Kimia Petroleum, Proses Penapisan Petroleum, dan Kawalan Tumpahan Petrokimia dan Minyak. Kursus pilihan elektif yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Gas dan Kejuruteraan Petroleum, Penilaian Keselamatan dan Risiko, dan Pengurusan Sisa Racun Toksik dan Berbahaya.
Kod dan Nama Program: UP6142003 - Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan (Kepujian)
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Kimia dengan Pendidikan (Kepujian) menggabungkan bidang kimia dengan bidang pendidikan. Program ini memberi tumpuan kepada menyediakan para pelajar dengan pengetahuan teori dan praktikal dalam bidang kimia beserta dengan teori dan praktikal dalam bidang pendidikan. Topik-topik bidang kimia seperti Kimia Fizikal, Kimia Analisis, Kimia Organik dan Kimia Tak Organik ditambah dengan topik-topik bidang pendidikan seperti Kursus Asas Pendidik, Kursus Asas Amalan Profesional dan Bidang Tumpuan Kedua. Para pelajar juga berpeluang menambah pengetahuan asas dalam bidang kimia dengan topik-topik elektif dalam bidang kimia.
Kod dan Nama Program: UP6461001 - Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Matematik dengan Kepujian bertujuan untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang sains matematik samada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri. Program ini akan dapat menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya maju dalam pelaksanaan kerja untuk pelbagai sektor pekerjaan yang terlibat dengan pembangunan teori sains matematik, dan seterusnya menstimulasikan antara disiplin kegunaan matematik di dalam bidang sains, kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Program ini digubal selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang teori sains matematik dan aplikasi yang melibatkan penggunaan pengetahuan seperti aljabar, analisis berangka, matematik kewangan, dan teori permainan.
Kod dan Nama Program: UP6462001 - Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian bertujuan untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang sains matematik dan statistik samada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri. Program ini akan dapat menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya maju dalam pelaksanaan kerja untuk pelbagai sektor pekerjaan yang terlibat dengan pembangunan teori statistik, dan seterusnya menstimulasikan antara disiplin kegunaan statistik di dalam bidang sains, kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Program ini digubal selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang statistik dan aplikasi yang melibatkan penggunaan pengetahuan seperti data sains, teori kebarangkalian, analisis mandirian, analisis ruang dan siri masa, rekabentuk ujikaji dan analisis regresi.
Kod dan Nama Program: UP6142004 - Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian)
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) ditawarkan untuk melahirkan graduan pendidik yang mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat bagi membina daya saing dan berupaya menyumbang kepada penerokaan serta penyebaran ilmu untuk memacu pembangunan negara. Program ini akan dapat menghasilkan ahli matematik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran matematik yang menyeluruh dan terkini beserta latar belakang bidang pendidikan yang mantap. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan penyelidik yang beretika dan berintegriti disamping mampu berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif.
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Kod dan Nama Program: UP6541001 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) dengan Kepujian telah ditawarkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Makanan sejak tahun 1976 untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang sains dan teknologi makanan samada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri.
Program ini akan dapat menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya maju dalam pelaksanaan kerja untuk pelbagai sektor pekerjaan yang terlibat dengan pengeluaran dan pemprosesan makanan, kawalan kualiti makanan, pengembangan hasil, penyelidikan dan pengurusan. Graduan berkepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan ini mampu menjalankan aktiviti industri hiliran pertanian secara komersial dan moden selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa.
Kandungan kursus digubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi makanan yang melibatkan penggunaan pengetahuan seperti bioteknologi makanan, undang-undang piawaian antarabangsa dan pengurusan air dan sisa industri. Program ini juga menghasilkan graduan yang dapat memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versatil serta mempunyai kelebihan berdaya saing. Ini dapat memangkin pembangunan industri makanan melalui penglibatan graduan BSTM dalam sektor pekerjaan.
Kod dan Nama Program: UP6541002 - Bacelor Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian merupakan kurikulum komprehensif yang bakal menghasilkan graduan terlatih dan profesional dalam bidang pemprosesan, pengeluaran makanan, pengurusan dan pemasaran. Program ini juga memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan makanan.
Di akhir pengajian ini, pelajar dapat menguasai ilmu dan kemahiran teknikal yang mencukupi dalam bidang yang berkaitan, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dengan cekap dan bekerja dalam pasukan, mempunyai akauntabiliti sosial serta mempunyai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku yang beretika untuk industri pembuatan makanan.
Kod dan Nama Program: UP6541003 - Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan (BSPPM) dengan Kepujian ditawarkan bagi melahirkan graduan yang berkualiti, kompeten dan kompetitif dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan. Penghasilan modal insan yang holistik daripada program ini akan menyumbang kepada pembangunan lestari industri perkhidmatan makanan serta kemajuan sosioekonomi masyarakat. Program BSPPM dengan Kepujian dibangunkan berpandukan keperluan terkini Standard Program Hospitaliti dan Pelancongan MQA. Keunikan dan kekuatan program ini adalah melalui penawaran kurikulum yang menggabungkan tiga bidang utama iaitu: 1) pengurusan perkhidmatan makanan, 2) sains dan teknologi makanan, serta 3) kulinari dan khidmat layanan.
Secara khususnya, pelajar program BSPPM dengan Kepujian akan dilengkapi dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran penting dan terkini dalam bidang pengurusan seperti perakaunan, kewangan, ekonomi, pengurusan sumber manusia, kawalan kos, amalan halal, digitalisasi dan pengurusan sistem maklumat, susun atur dan rekabentuk, pemasaran, pengurusan kualiti serta perundangan dalam industri perkhidmatan makanan. Pelajar juga dilengkapi dengan pengetahuan yang komprehensif dalam bidang sains dan teknologi yang merangkumi disiplin teknologi penghasilan makanan berkuantiti, kimia dan kefungsian ramuan makanan, pemakanan, mikrobiologi, kebersihan dan sanitasi, serta inovasi makanan. Selain itu, pelajar didedahkan dengan kemahiran kulinari melalui kursus amali penyediaan makanan dan khidmat layanan di restoran latihan. Program ini juga melatih pelajar menjalankan penyelidikan secara saintifik dan mengaplikasi pengetahuan statistik atau analisis kualitatif yang bersesuaian dalam merumus hasil kajian mereka.
Kod dan Nama Program: UP6541005 - Bacelor Sains Operasi Pembuatan Makanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian: 8 semester
Maklumat Ringkas Program
Bidang pembuatan makanan memainkan peranan yang penting sebagai tunjang utama industri hiliran pertanian dan penyumbang utama ekonomi negara. Bidang ini memerlukan ramai tenaga mahir yang dapat mengendalikan operasi pembuatan makanan. Justeru, program Bacelor Sains Operasi dan Pembuatan Makanan dengan Kepujian direkabentuk khas untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri berkenaan. Program ini mengandungi 131 kredit iaitu 3 tahun di Universiti (105 kredit) dan 1 tahun di industri pembuatan makanan (26 kredit).
Program ini bukan sahaja menekankan aspek ilmu pengetahuan sahaja, malah pelajar akan didedahkan kepada operasi pembuatan makanan yang sebenar di dalam industri besar selama setahun (dua semester). Latihan industri ini akan memberikan impak yang lebih besar kerana pelajar bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga berpengalaman dalam sektor pembuatan makanan yang memberikan mereka peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan pekerjaan selepas graduasi.
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Kod dan Nama Program : UP6312001 – Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Kepujian (BSPMDK) digubal berteraskan falsafah perkembangan dan pembangunan manusia sepanjang hayat merangkumi proses saling interaksi dan transaksi antara manusia dan persekitaran dengan Penciptanya merentasi sistem mikro sehingga makro. Program ini berhasrat melahirkan saintis sosial yang menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup diri, keluarga, komuniti dan ummah sejagat serta kualiti persekitaran.
Kod dan Nama Program : UP6345004–Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian) (BSPMPK) merupakan program Major-Minor hasil gabungan daripada dua bidang iaitu Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Pengurusan sebagai Minor program. Penggabungan dua bidang memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan. Perubahan di era globalisasi dan industrialisasi serta dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja pekerja berpengetahuan malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program ini dijangka dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.
Kod dan Nama Program : P6345005 – Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program
Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (Kepujian) (BSPMTMK) merupakan program Major-Minor yang menekankan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Teknologi Maklumat sebagai Minor program. Program ini selaras dengan matlamat ke arah sebuah negara maju yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi maklumat. Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan gabungan ilmu antara disiplin Sains Sosial Terapan (Pembangunan Manusia) dan Teknologi (Teknologi Maklumat) supaya dapat melahirkan graduan yang lebih versatil, multi dan interdisiplin. Komponen teknologi maklumat dijangka mampu memberi kelebihan kepada para graduan BSPMTMK untuk lebih berdaya saing berbanding dengan graduan Sains Sosial lepasan universiti dalam dan luar negara.
Kod dan Nama Program : UP6345003 – Bacelor Pengajian Pengguna dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Pengajian Pengguna dengan Kepujian (BPGDK) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.
Kod dan Nama Program : UP6212001 – Bacelor Muzik dengan Kepujian #
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Muzik dengan Kepujian (BMDK) mencakupi pelbagai kursus dengan menekankan aspek muzik iaitu persembahan, teknologi muzik, komposisi, dan muzik terapi dengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan. Selain itu, pelajar berpeluang menjadi ahli Orkestra Simfoni, kumpulan muzik klasik atau kontemporari dan koir. Melalui program ini, dapat melahirkan graduan dalam bidang muzik yang bertaraf antarabangsa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Kod dan Nama Program : UP6224006 - Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 3½ tahun (7 semester)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman dengan Kepujian mula ditawarkan pada tahun 2001. Pengkhususan ini ditambah baik dari masa ke semasa dan direkayasa semula kepada program satu major Program B. A. Pengajian Bahasa Jerman pada tahun 2018. Program ini memberi penekanan kepada aspek bahasa, linguistik, budaya, dan aplikasi bahasa Jerman moden. Kursus-kursus yang menarik termasuk Kajian Sejarah Jerman, Bahasa Jerman untuk Pengurusan Acara, Bahasa Jerman untuk Pelancongan, Bahasa Jerman untuk Perdagangan, Pengantar Kebudayaan Jerman, Kesenian Jerman Abad Ke-20, Bahasa dan Budaya dalam Filem Jerman. Pelajar juga dilatih membuat penyelidikan dan juga menjalani latihan industri agar melengkapkan diri untuk keperluan kerjaya dan perancangan masa depan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pengamal bahasa dan penyelidik yang berketrampilan, berkemahiran tinggi dalam pengajian bahasa Jerman bagi tujuan pekerjaan, inovasi dan pengajian lanjutan di sektor awam dan swasta di dalam dan luar negara.
Kod dan Nama Program : UP6224001- Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris mula ditawarkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sejak Ogos 1997 untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam ilmu kebahasaan dan kesusasteraan sama ada dalam sektor awam, swasta mahupun bekerja sendiri. Selain daripada kekuatan program ini untuk memupuk pengetahuan teras pengajian bahasa dan linguistik, ia juga menunjukkan kecenderungan kepada penggunaan bahasa di tempat kerja. Program ini akan menitikberatkan penggunaan dan kemahiran bahasa serta cara berkomunikasi untuk tujuan profesional, selain daripada memberi pendedahan kepada pelajar dalam menguasai prinsip, pengetahuan dan latihan dalam bidang berkaitan teori, praktis dan penyelidikan serta penggunaan bahasa dan linguistik Inggeris. Aspek kepelbagaian bahasa juga diberikan penekanan dalam program ini supaya pelajar dilengkapi dengan penguasaan panca bahasa. Secara keseluruhan, program ini bertujuan untuk melahirkan:
Kod dan Nama Program : UP6321001- Bacelor Komunikasi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian yang mengambil masa 7 semester (3 ½ tahun) ini adalah antara program yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program ini yang berasaskan kepada empat bidang tumpuan iaitu Komunikasi Korporat, Komunikasi Kemanusiaan, Kewartawanan dan Penyiaran. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengeksploitasi secara meluas bidang media dan komunikasi dengan menyeluruh.
Program Bacelor Komunikasi dengan Kepujian memberi tumpuan kepada pelbagai kemahiran professional dan komunikasi sebagai pendekatan pendedahan kepada media tradisional dan baharu. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk mengadaptasi dan berkembang maju dalam menghadapi cabaran dalam bidang media dan komunikasi.
Tumpuan pengajian adalah menyediakan pelajar dengan pandangan yang lebih meluas kepada pengetahuan komunikasi merentasi pelbagai disiplin. Antara disiplin yang terdapat dalam Bacelor Komunikasi dengan Kepujian termasuklah, komunikasi korporat, komunikasi keorganisasian, kemahiran komunikasi interpersonal, komunikasi antara budaya, komunikasi warisan, kemahiran penulisan rencana, kewartawanan penyiaran, teknik penerbitan video dan radio dan sebagainya.
Kod dan Nama Program : UP6222001 – Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan kepujian telah ditawarkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada 1995 untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berketerampilan dalam bidang bahasa dan linguistik Melayu.
Program ini menekankan pengkhususan bidang bahasa dan linguistik Melayu dengan matlamat melahirkan pegawai bahasa yang menguasai bidang dan linguistik Melayu, mempunyai keterampilan dalam komunikasi berlandaskan etika dan estetika serta menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam aktiviti penyelidikan kebahasaan.
Tempoh pengajian program ini selama tiga tahun setengah (7 semester). Dalam tempoh ini, pelajar perlu melengkapkan sebanyak 125 kredit, termasuk 2 kredit kokurikulum.
Kod dan Nama Program : UP6224005- Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian ialah program khusus yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sejak Jun 2001. Program yang mengambil masa 3 ½ tahun (7 semester) ini bermatlamat melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang komunikasi bahasa Perancis samada dalam sektor awam mahu pun swasta.
Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian yang mempunyai kurikulum berlandaskan Kerangka Eropah (CEFR) adalah berasaskan komunikasi bahasa Perancis untuk tujuan khusus, seperti tujuan pengajaran, perniagaan dan pengurusan, pelancongan, dan penterjemahan, selain daripada penekanan tentang kaedah penyelidikan. Graduan Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Perancis dengan Kepujian trampil dan mahir berkomunikasi dalam bahasa Perancis, di samping berpengetahuan dan mahir berbahasa Perancis bagi tujuan pekerjaan, inovasi dan pengajian lanjutan.
Kod dan Nama Program : UP6223001 – Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Melayu telah ditawarkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada 1995 untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan mempunyai penguasaan ilmu dalam bidang kesusasteraan Melayu.
Program ini menekankan pengkhususan bidang kesusasteraan Melayu dengan matlamat melahirkan karyawan yang menguasai, mempraktis ilmu dan menghayati falsafah, pemikiran dan nilai estetika,berdaya saing, profesional dan beretika,kritis, kreatif dan inovatif dalam penyelidikan kesusasteraan MelayuTempoh pengajian program ini selama tiga tahun setengah (7 semester). Dalam tempoh ini, pelajar perlu melengkapkan sebanyak 125 kredit, termasuk 2 kredit kokurikulum.
Kod dan Nama Program : UP6224003 Bacelor Sastera Bahasa Arab dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Bahasa Arab yang ditawarkan oleh UPM mempunyai pendekatan yang komprehensif dan kontemporari yang menggabungkan komponen bahasa, linguistik dan kesusasteraan Arab. Aspek kebudayaan, pemikiran, sejarah dan penulisan kreatif juga secara tidak langsung turut menjadi tumpuan program ini. Skop kurikulum program ini yang komprehensif boleh menjana individu yang seimbang dan berketrampilan tinggi dalam bidang pengajian bahasa Arab. Program ini dijangka berupaya menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan kebahasaan serta kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab. Di samping menguasai kemahiran lain, termasuk ICT, kecendekiaan, penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan secara kreatif, berfikir secara kritis, dan mempunyai sikap dan etika sebagai warganegara yang bertanggungjawab serta berkeupayaan untuk meningkatkan kebolehan diri selain mempunyai kebolehpasaran dan daya saing yang tinggi di alam kerjaya.
Kod dan Nama Program : UP6224002 - Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 Semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian yang mengambil tempoh masa 3 ½ tahun adalah program bacelor sastera yang dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program ini menawarkan pemilihan dan keluwesan yang luas terhadap pengajian bahasa, linguistik dan kesusasteraan Cina supaya pelajar boleh menggunakan pengetahuan ini untuk menjadi pengamal bahasa yang berketrampilan dalam bidang penterjemahan, penyelidikan bahasa serta penciptaan karya kreatif. Selain itu program ini juga memantapkan ilmu pelajar terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara serta kesannya terhadap kehidupan manusia dan keseimbangan alam sekitar, dengan itu kursus pertanian dan kehidupan, latihan industri, sejarah dan sosio budaya masyarakat diperkenalkan dalam kursus supaya boleh melahirkan para intelektual yang mempunyai pandangan keragaman budaya, mencintai negara dan menjaga keseimbangan alam kehidupan manusia.
Graduan Bacelor Sastera Bahasa Asing (Pengkhususan Bahasa Cina) adalah terlatih dalam perusahaan yang melibatkan pendidikan, perkhidmatan, pentadbiran, perniagaan, media massa, kewangan dan perindustrian. Tumpuan pengajian ialah melahirkan pengamal bahasa yang berketrampilan dalam bidang pengajian Bahasa Cina, penyelidik yang berkemahiran dalam pengajian Bahasa Cina bagi tujuan pekerjaan, innovasi dan pengajian lanjutan di sektor awam dan swasta serta pekerja professional yang beretika dan berintegriti tinggi dalam bidang berkaitan dengan pengajian Bahasa Cina.
Antara disiplin yang terdapat dalam program ini adalah pengajian bahasa, linguistik terapan, falsafah dan pemikiran, kebudayaan, penterjemahan, perbandingan bahasa, kesusasteraan Cina penulisan karya kreatif.
Kod dan Nama Program : UP6224004 - Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 Semester (3 ½ tahun)
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sastera Kesusasteraan Inggeris dikendalikan selama 3 ½ tahun (7 semester). Program ini memfokus kepada satu major, iaitu bidang kesusasteraan Inggeris bagi meningkatkan lagi tahap kompetensi dan kepakaran pelajar dalam bidang ini.
Program ini menawarkan kursus-kursus kesusasteraan British, Amerika, Asia, Eropah, Afrika dan Caribbean yang membentuk graduan yang berfikiran kritis melalui penghayatan dan pencerapan kesusasteraan terkedepan justeru menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada warga sastera dunia. Program ini menekankan kemahiran abad ke-21 (21st century skills) seperti kreativiti, inovasi; pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
Selain daripada mengkaji dan menganalisa karya sastera, pelajar diberi peluang menganjak kesedaran dan kepekaaan kepada karya sastera melalui penulisan kreatif mereka sendiri. Graduan didedahkan kepada peranan sastera didalam konteks yang lebih luas dan hakiki. Graduan juga didedahkan kepada alam pekerjaan dengan adanya program latihan industri untuk satu semester pada semester akhir pengajian.
FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Kod dan Nama Program : UP6721001 – Doktor Perubatan Tempoh Pengajian : 5 Tahun
Maklumat Ringkas Program :
Program Doktor Perubatan telah dimulakan pada tahun 1996 dengan pengambilan seramai 51 orang pelajar. Pada peringkat awal, program ini telah menggunakan kurikulum yang berasal daripada University of Nottingham, United Kingdom. Kurikulum ini seterusnya telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan doktor terlatih di negara ini.
Program Doktor Perubatan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa 1 meliputi Tahun 1 dan 2 (Praklinikal), Fasa 2 meliputi Tahun 3, 4 dan 5 (Klinikal). Jangkamasa pengajian adalah selama 5 tahun. Fasa 1 melibatkan 4 semester manakala bagi Fasa 2, tidak memakai konsep semester, sebaliknya pengajian berlaku sepanjang tahun mengikut jangkamasa sesuatu pengajian klinikal tersebut.
Bagi Fasa 1, pendekatan kaedah pengajian lebih menjurus kepada sesi kuliah, sesi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL – student centred learning), sesi makmal, seminar, projek penyelidikan, lawatan lapangan dan pendedahan awal klinikal melalui sesi lawatan ke wad-wad tertentu. Fasa 2 pula melibatkan pengukuhan aspek klinikal turut menggunakan kaedah pengajian seperti pembelajaran semasa rondaan wad, sesi pembelajaran sisi katil, latihan klinikal dan cerapan prosedur klinikal.
Kod dan Nama Program : UP6421001 Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ini ialah kombinasi kajian sains praklinikal dan paraklinikal. Struktur program terdiri daripada Anatomi, Fisiologi, Bioteknologi, Biologi Molekul, Sitogenetik, Farmakologi, Toksikologi, Mikrobiologi dan lain-lain sub-bidang Sains Bioperubatan. Program ini mendapat akreditasi daripada Institut of Biomedical Sciences (IBMS), United Kingdom bagi tempoh 2019-2023.
Program ini menitikberatkan penggunaan teknologi bioperubatan terkini dalam kajian manusia dengan kursus-kursus seperti diagnosis makmal ke atas penyakit-penyakit, keselamatan dan kawalan ke atas mutu makanan dan produk farmasuetikal.
Selain dari melatih mahasiswa supaya berkeupayaan menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Bioperubatan, ia juga bertujuan menyediakan graduan yang terlatih dan mahir dalam penyelidikan terkini, kaedah diagnostik di makmal-makmal dan pengurusan makmal di hospital dan industri.
Kod dan Nama Program : UP6723001 Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Program Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian adalah program pengajian empat (4) tahun yang menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif diperkukuhkan dengan pengenalan kepada bidang kemahiran kejururawatan, informasi teknologi dan penyelidikan. Program ini juga memenuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang beretika, memegang prinsip moral, adat resam dan kerohanian serta berusaha meningkatkan taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.
Program ini juga menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, kritis dan berdaya saing selain pendedahan kepada penempatan klinikal di hospital dan klinik kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut piawaian akademik yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
Kod dan Nama Program : UP6726001 - Bacelor Sains Dietetik dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ini adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang pemakanan klinikal, pengurusan perkhidmatan makanan institusi dan pemakanan komuniti. Graduan akan dapat mengenal pasti sumbangan diet kepada penjagaan pesakit secara keseluruhan.
Kod dan Nama Program : UP6726002 - Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus berkaitan pemakanan komuniti, sains pemakanan dan kesihatan komuniti, dan mempraktikkan kemahiran penyelidikan dan profesional melalui integrasi ilmu, kemahiran insaniah, kesedaran sosial dan beretika. Di samping penguasaan teori dan praktikal dalam bidang makanan dan pemakanan, program ini memfokuskan juga kepada aspek promosi dan intervensi pemakanan dalam komuniti dan/atau populasi untuk pencegahan penyakit, terutama penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan darah tinggi.
Struktur kurikulum program ini telah dibangunkan berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang ditetapkan oleh standard kurikulum program pemakanan oleh Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Allied Health Professions Act 2016), di mana graduan program ini adalah layak berdaftar sebagai Ahli Pemakanan Berdaftar (Registered Nutritionist) di bawah akta ini. Secara amnya, matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang holistik dari aspek pemakanan dan kesihatan komuniti, serta mempunyai kemahiran profesional dan beretika.
Kod dan Nama Program : UP6862001 - Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian akan melahirkan graduan yang terlatih dan profesional dalam bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta penyelidikan dan perundingan yang berkualiti dalam bidang yang berkaitan yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan manusia selaras dengan matlamat universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan dapat menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang sihat dan produktif.
Program Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan) dengan Kepujian adalah sepenuh masa iaitu selama 4 tahun atau 8 semester. Kurikulum program ini mengandungi 143 jam kredit di mana kursus-kursus yang ditawarkan dijalankan secara kuliah, tutorial, seminar, sesi makmal, pembelajaran bantuan komputer, latihan industri, lawatan sambil belajar, seminar, kerja lapangan, projek ilmiah dan penyelidikan. Pelajar-pelajar program ini dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains, sains kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan pekerjaan dan kesihatan komuniti.
FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA
Kod dan Nama Program: UP6214001 - Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program:
Program Bacelor Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) dengan Kepujian telah mula ditawarkan oleh Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina pada Semester Pertama Sesi Akademik 2002/2003. Program ini bertujuan melahirkan pereka bentuk perindustrian yang profesional, berilmu pengetahuan mendalam dalam reka bentuk, berkemahiran dan mempunyai pemikiran kritis dalam proses mereka bentuk, kreatif dan inovatif serta berkebolehan dalam merancang dan mengurus projek reka bentuk. Graduan yang dilahirkan mampu untuk berdaya saing, kreatif, inovatif dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kod dan Nama Program: UP6581001 - Bacelor Seni Bina Landskap dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Senibina Landskap telah mula ditawarkan oleh Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM sejak Julai 1996. Ia bertujuan untuk melahirkan arkitek landskap yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan inovatif dalam menilai, merancang, mereka bentuk, melaksana dan mengurus landskap. Graduan yang dilahirkan juga akan beretika, berintegriti dan profesional dalam memberikan khidmat kepada masyarakat serta sensitif dan prihatin kepada persekitaran dan keperluan pembangunan negara.
Program ini diiktiraf oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).
Kod dan Nama Program: UP6581002 - Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 7 semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ini menyediakan kurikulum bersepadu untuk menghasilkan khazanah insan separa profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang seni bina bagi menyokong pembangunan industri pembinaan negara yang lebih mapan dan berteraskan kemanusiaan. Pengajaran Studio merupakan komponen utama dalam struktur kurikulum. Melalui Pengajaran Studio, pelajar dapat mengintegrasikan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus lain dalam mereka bentuk binaan/ seni bina. Pendedahan pembelajaran sebegini akan melengkapkan para pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk memaparkan keupayaan dan kreativiti mereka. Pengajaran Studio diselaraskan oleh seorang pensyarah dengan bantuan tutor atau arkitek professional bersekutu.
Program Bacelor Sains Seni Bina dengan Kepujian ini memenuhi keperluan Bahagian I dalam Peperiksaan Lembaga Akitek Malaysia (LAM).
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kod dan Nama Program : UP6481001 - Bacelor Sains Komputer (Sistem Komputer) dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ini merangkumi perkakasan dan perisian, namun demikian program lebih memberikan penekanan kepada perisian. Sistem Komputer menitik beratkan reka bentuk dan pembangunan komputer, teknik perkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat. Kefahaman terhadap struktur fizikal komputer, komponen dan fungsi bagi seni bina komputer adalah penting supaya komputer sebagai alat menyimpan dan memproses maklumat, dapat digunakan secara berkesan. Bagi pemprosesan maklumat pula, suatu notasi atau formalisme untuk memerihal struktur maklumat dan tatacara pemprosesan perlu disediakan. Ini membawa kepada pembangunan bahasa pengaturcaraan yang bertujuan untuk memerihalkan struktur data, algoritma dan seterusnya menulis atur cara. Sistem pengoperasian dan pengkompil juga akan digunakan dalam proses penghasilan atur cara atau perisian.
Dalam kehidupan yang sebenar, aplikasi komputer adalah kompleks yang memerlukan teknik pengaturcaraan tertentu untuk menjamin kejayaan. Maklumat yang banyak dan kerap diproses membawa kepada pembentukan teori struktur fail, pangkalan data dan dapatan semula maklumat. Perkembangan semasa menyaksikan komputer menjadi media komunikasi yang sangat penting. Keselamatan maklumat adalah aspek utama dalam menjamin kerahsiaan. Tambahan, beberapa aspek teknologi komputer seperti komputeran cerdas, analitik data atau sains data, pangkalan data lanjutan, sistem terbenam dan robotik juga diberikan penekanan di dalam program ini. Oleh yang demikian, program dapat menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar yang bakal menempuh dunia pekerjaan termasuk juga bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kod dan Nama Program : UP6481002 - Bacelor Sains Komputer (Multimedia) dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ijazah ini menumpukan kepada konsep asas komputasi, perwakilan dan integrasi pelbagai media dengan menggunakan teknik pengkomputeran. Sebagai asas komputasi, reka bentuk dan pembangunan komputer, teknik pengkomputeran dan penggunaannya dalam pemprosesan maklumat, dan seni bina komputer dititikberatkan diawal program. Setelah itu perwakilan dan integrasi pelbagai media iaitu teks, imej, dan audio didedah dengan penekanan terhadap aspek analitik multimedia, kecerdasan buatan, interaksi multimodal, penglihatan komputer, dan permainan komputer diterapkan dalam program ini. Disamping itu, pelajar juga didedahkan kepada penggunaan dan pembangunan multimedia dalam menghasilkan aplikasi realiti campuran dan animasi komputer. Dengan itu, pelajar akan menguasai ilmu yang cukup dalam bidang Pengkomputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku beretika; mencapai akauntabiliti sosial; menguasai kecekapan berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secara kritis; mencapai kemahiran mengurus dan keusahawanan; dan mencapai nilai-nilai kepemimpinan.
Kod dan Nama Program : UP6481003 - Bacelor Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Program ini memfokuskan kepada kemahiran membangunkan dan menyelenggarakan sistem perisian yang cekap dan boleh dipercayai, mampu dibangunkan dan diselenggarakan dan dibina mengikut spesifikasi pelanggan. Struktur program yang ditawarkan adalah komprehensif dan mendalam meliputi pelbagai konsep, metodologi dan teknologi kejuruteraan perisian dalam menghasilkan perisian yang berkualiti tinggi yang sesuai dengan trend semasa. Ia menyediakan pelajar dengan kemahiran membangunkan perisian dengan pelbagai platform antaranya, pembangunan aplikasi web, pembangunan aplikasi bergerak, pembangunan perisian berasaskan komponen, pembangunan perisian dalam pengkomputeran awan, masa nyata, dan sistem perusahaan.
Program ini juga menekankan aspek hands-on dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyediakan pelajar dengan kemahiran diperlukan untuk membangunkan perisian berdasarkan keperluan dunia sebenar. Dengan ini pelajar dapat menghadapi alam kerjaya dengan lebih berkeyakinan. Pakej kursus elektif bidang disediakan bagi membantu pelajar mengambil elektif dalam bidang yang dirasakan relevan dengan aspirasi kerjaya mereka serta bagi memenuhi keperluan IR 4.0 seperti Data Analitik, Kecerdasan Buatan, Keselamatan Siber, Sistem Terbenam, Robotik dan IoT.
Program ini melahirkan graduan yang mampu memahami keperluan pengguna dalam membangunkan sistem perisian. Jurutera Perisian dijangka dapat membangunkan model yang yang sistematik dan teknik yang boleh dipercayai untuk menghasilkan perisian yang berkualiti tinggi mengikut masa dan bajet yang ditetapkan.
Kod dan Nama Program : UP6481004 - Bacelor Sains Komputer (Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program :
Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersama dalam mereka bentuk sistem komunikasi dan telekomunikasi. Ini termasuk teknik mereka bentuk sistem rangkaian, teknik pengurusan dan penyelenggaraan sistem rangkaian, penggunaan persekitaran rangkaian setempat (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan isu-isu penting dalam mereka bentuk sistem persekitaran rangkaian.
FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
Kod dan Nama Program : UP6545001 - Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Bacelor Sains Bioteknologi dengan Kepujian dan ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Bioproses di mana ia dijalankan secara sepenuh masa di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Jangka masa pengajian program ini ialah lapan semester (empat tahun) dengan jumlah minima kredit untuk bergraduat sebanyak 126. Program ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) yang merangkumi teori dan amali menerusi pengajaran kuliah, tutorial, seminar, latihan industri, lawatan sambil belajar, kajian kes, kerja lapangan dan projek penyelidikan. Antara lain penekanan dalam bidang keushawanan bioteknologi juga di titik beratkan bagi menyokong dasar pembagunan penyelidikan tempatan dan memenuhi peluang pasaran kehendak revolusi industri 4.0
Kod dan Nama Program : UP6421003 - Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program:
Program Bacelor Sains Biokimia dengan Kepujian (4 tahun) telah ditawarkan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul sejak 2004 bagi melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang biokimia samada dalam sektor awam, swasta mahu pun bekerja sendiri. Struktur Kurikulum Program ini dibuat berdasarkan kepada elemen dan garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Pelajar perlu menyempurnakan sekurang-kurangnya 122 kredit untuk bergraduat. Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Kursus Universiti (25 kredit), Kursus Teras (64 kredit) dan Kursus Elektif (33 kredit). Kurikulum merangkumi aspek asas dan aplikasi kursus termasuk prinsip dan konsep biokimia asas, metabolisma karbohidrat, protin, lipid dan asid nukleik, enzimologi, biologi molekul sel, biokimia pemakanan, biokimia tumbuhan, kejuruteraan genetik tumbuhan, biokimia tisu haiwan dan biokimia alam sekitar. Di tahun akhir pengajian, pelajar akan diberi peluang untuk mendapatkan pendedahan dan pengalaman praktikal di dunia pekerjaan melalui kursus Latihan Industri.
Kod dan Nama Program : UP6421004 - Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program :
Bidang mikrobiologi adalah satu bidang kerjaya yang amat penting yang menyokong kepesatan pelbagai industri di Malaysia. Antara yang terlibat adalah industri pemprosesan dan pembuatan di bidang pemakanan, perubatan, alam sekitar dan pertanian. Peningkatan pengetahuan dalam bidang mikrobiologi adalah penting dalam mencari penyelesaian isu kesihatan terkini seperti wabak COVID-19, denggi, kemunculan bakteria rintang antibiotik serta pembangunan vaksin. Aplikasi mikroorganisma dalam pemprosesan sisa pertanian kepada pelbagai bahan berguna juga dapat mempertingkatkan penjanaan bioekonomi negara. Bidang ini akan terus memainkan peranan besar kepada kemajuan negara didorong oleh peningkatan kegunaan bahan hasilan mikrob dan keperluan ciptaan bahan baharu.
Program Bacelor Sains (Kepujian) Mikrobiologi telah ditawarkan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul sejak Jun 2004 dan kini dikenali sebagai Program Bacelor Sains Mikrobiologi dengan Kepujian untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang mikrobiologi samada dalam sektor awam, swasta mahu pun bekerja sendiri.
Kod dan Nama Program : UP6421004 - Bacelor Sains Biologi Sel dan Molekul dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 semester
Maklumat Ringkas Program :
Program Biologi Sel dan Molekul menekankan penyebaran ilmu dalam aspek biologi sel dan molekul secara mendalam melalui pengajaran dan penyelidikan. Biologi sel dan molekul memecahkan rahsia kehidupan pada tahap biologi sel dan molekul. Program ini memberi pelajar asas yang kukuh dalam pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang biologi sel dan biologi molekul. Program ini melatih pemikir kritis, graduan yang kompeten, kompetitif dan beretika dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran untuk mengembangkan ekonomi berasaskan bioteknologi untuk negara.
FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN, (KAMPUS BINTULU, SARAWAK)
Kod dan Nama Program : UP6621003 – Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian merupakan program pengajian selama EMPAT (4) tahun dan memberi penumpuan kepada ilmu mengenai sumber biologi utama negara sama ada dalam bidang pertanian, perhutanan dan perikanan serta integrasinya dengan industri melalui teknologi terkini. Pelajar akan didedahkan kepada penyelidikan bebas dalam bidang bioindustri pada akhir tahun pengajian. Dengan adanya pendedahan menyeluruh ini menjadikan graduan Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian bersedia untuk menampung pasaran guna tenaga negara sama ada dalam sektor kerajaan, swasta atau persendirian.
Kod dan Nama Program : UP6623002 – Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian merupakan program pengajian selama EMPAT (4) tahun dengan jumlah 129 jam kredit. Objektif program ini adalah untuk melatih pelajar dalam bidang perhutanan yang mana graduan daripada program ini akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus sumber hutan, industri perkayuan dan sumber rekreasi serta pelancongan secara efisyen berlandaskan prinsip pengurusan hutan secara berkekalan. Program yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ini juga diajar oleh tenaga pengajar yang berkelulusan PhD di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu serta pelajar didedahkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara hands-on bagi membolehkan pelajar mempraktikkan sendiri teori yang dipelajarI di makmal lapangan dan sebagainya.
Secara khusus program ini bertujuan bagi melahirkan graduan berikut:
Kod dan Nama Program : UP6624002 – Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian merupakan program pengajian selama EMPAT (4) tahun dengan 127 jumlah jam kredit. Program ini digubal sebagai salah satu program yang unik kerana ia memberi tumpuan khusus kepada akuakultur air tawar dan payau serta diwujudkan dengan mengambil kira keadaan semasa tentang penekanan kepada industri berasaskan pertanian oleh kerajaan serta penggunaan bioteknologi dan teknologi maklumat. Kursus baharu ditawarkan di antaranya Keusahawanan Pertanian, Pengantar Perancangan dan Penggunaan Maklumat Perakaunan, ICT dalam Akuakultur, Prinsip Pengurusan dan Pemasaran Pertanian, Akuakultur Bersepadu dan Amalan Ladang Akuakultur dan beberapa kursus biologi lain yang berkaitan dengan industri akuakultur.
Selain itu, program ini bertujuan melatih dan menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan mempunyai sifat kepemimpinan, berdaya maju dan mampu bersaing dalam pelaksanaan kerja di pelbagai sektor yang terlibat dalam perkhidmatan, penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengeluaran dan pengurusan akuakultur air tawar dan payau yang mampan.
FAKULTI KEMANUSIAAN, PENGURUSAN DAN SAINS, (KAMPUS BINTULU, SARAWAK)
Kod dan Nama Program : UP6345006 – Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian) merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 126 jam kredit yang diperlukan pelajar untuk bergraduat. Program ini merupakan hasil gabungan dua bidang iaitu Pembangunan Manusia sebagai major program dan Pengurusan sebagai Minor program. Penggabungan dua bidang memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan. Perubahan di era globalisasi dan industrialisasi serta dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja pekerja berpengetahuan malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Justeru, program ini dijangka dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat. Matlamat utama program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:
Kod dan Nama Program : UP6442004 – Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
Tempoh Pengajian : 8 Semester
Maklumat Ringkas Program:
Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian merupakan program pengajian empat (4) tahun dengan jumlah 125 jam kredit. Program ini diwujudkan bertujuan untuk menerapkan konsep-konsep asas kimia tradisi melalui kursus-kursus seperti kimia fizikal, kimia analitik, kimia organik dan kimia tak organik dan untuk menerapkan konsep-konsep yang penting untuk industri melalui kursus-kursus seperti Prinsip Teknologi Kimia, Kimia Perindustrian dan Kimia Polimer Industri. Kursus-kursus yang berorientasikan industri ini memberi bimbingan kepada pelajar melalui teori, lawatan tapak dan kajian kes. Pengalaman pelajar diperkayakan lagi oleh kursus-kursus elektif seperti Asas Pemprosesan Makanan dan Pemeliharaan, Pengurusan Projek Kejuruteraan, Oleokimia dan Kimia Keadaan Pepejal.
Matlamat program (Program Educational Objectives, PEO) Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian ini adalah untuk melahirkan: