LATAR BELAKANG
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga. Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).
Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman yang komprehensif serta menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.
INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI
Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang bukan sahaja memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai universal terdapat dalam nilai-nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat; hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacunya ke hadapan.
Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing. Mereka juga turut bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat sejagat.
USIM bertekad cemerlang dalam tiga landasan melalui program akademik dan penyelidikan. Antaranya ialah:
- Pengajian Islam, Quran dan Sunnah
- Sains Islam, Teknologi dan Kejuruteraan
- Kesusasteraan Islam, Sains Sosial dan Kemanusiaan
Ketiga-tiga landasan ini disokong oleh lima (5) Pusat Kecemerlangan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan persekitaran penyelidikan.
MOTO
Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa
FALSAFAH
Paduan di antara ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu.
VISI
Institusi pendidikan tinggi Sains Islam Ulung.
MISI
Menghasilkan ilmuwan, pemimpin dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai – nilai luhur agama dan budaya demi kesejahteraan sejagat.
DEFINISI SAINS ISLAM
Ilmu yang berpaksikan Epistemologi Tauhidik demi manfaat sejagat.
NILAI-NILAI TERAS
Al- Qawiyy Al – Amin (Amanah, Muafakat, Profesional, Efisien dan Global – Alamiyyah)
OBJEKTIF
- Memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara.
- Membina kesepaduan antara teori dan amali dalam diri setiap siswazah yang dikeluarkan.
- Melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu, mampu memimpin masyarakat majmuk serta mempunyai potensi yang tinggi menerajui pembangunan negara.
- Meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang unggul bersesuaian dengan persekitaran dan teknologi terkini.
-
Membekalkan modal insan yang kukuh dengan penghayatan nilai Islam yang mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan dalam masyarakat.
USIM kini menawarkan pelbagai program melalui sembilan (9) buah fakulti. Mulai Sesi Akademik 2021/2022, USIM menawarkan tiga puluh lima (35) program pengajian peringkat Sarjana Muda seperti berikut:
- Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
- Sarjana Muda Da'wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
- Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama dengan Kepujian
- Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian)
- Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) (Mod 3u1i)
- Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
- Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian
- Fakulti Syariah dan Undang-undang
- Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dengan Kepujian
- Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian
- Sarjana Muda Syariah (Industri Halal) dengan Kepujian
- Fakulti Ekonomi dan Muamalat
- Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
- Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dengan Kepujian
- Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian
- Fakulti Sains dan Teknologi
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Makanan)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko)
- Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik Kewangan)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik Gunaan)
- Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia Industri)
- Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
- Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama
- Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian)
- Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (pengambilan terbuka)
- Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam dengan Kepujian
- Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Perdagangan (Kepujian)
- Fakulti Pergigian
- Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
- Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
- Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
- Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
KETERANGAN LANJUT
Bahagian Pemasaran dan Kemasukan Pelajar
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7978644 / 7978645 / 7987020 / 7988103