
PENGENALAN
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Johor Bahru yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur.
Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 194,203 orang graduan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang utama tenaga kerja profesional dan separuh profesional kepada negara hingga kini.
UTM akan meneruskan kecemerlangan akademik selaras dengan pengiktirafan kerajaan sebagai Universiti Penyelidikan (Research University) mulai Jun 2010.
FALSAFAH UNIVERSITI
Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendakNya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
VISI
Menjadi sebuah institusi akademik dan penyelidikan utama dunia, cemerlang dalam bidang sains teknologi dan kejurteraan.
MISI
Menjadi peneraju dalam pembangunan bakat holistik dan teknologi berinovasi untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat.
FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN
Bagi kemasukan Sesi Akademik 2022/2023 UTM menawarkan 59 program pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik, Kimia, Mekanikal, Petroleum, Bioperubatan, Geomatik, Sains, Senibina, Pengurusan, Perakaunan, Sains Komputer dan Pendidikan. Program-program ini dikendalikan oleh 11 buah fakulti seperti berikut:
- Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
- Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT)
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
- Fakulti Komputeran (FC)
- Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
- Fakulti Sains (FS)
- Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)
- Sekolah Pendidikan (SP)
- Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SPSMP)
- Fakulti Pengurusan (FM)
- Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), UTM KL
- Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), UTM KL
SYARAT AM PROGRAM SELAIN KELAYAKAN AKADEMIK YANG DITETAPKAN
Kecacatan
Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Seksyen Rekrutmen dan Kemasukan Pelajar (SRAdS), UTM menerangkan bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan bertujuan mengelakkan kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan pemohon yang berjaya. Walau bagaimanapun, bagi beberapa program yang dijalankan oleh Fakulti/Sekolah berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di bawah tidak dibenarkan memohon program berkenaan.
- Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
- Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT)
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
- Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
- Fakulti Sains (FS)
- Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR), UTM KL
- Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), UTM KL
"Kecacatan dari segi fizikal yang menyulitkan kerja amali di makmal dan bengkel. Pelajar juga akan disaring supaya tidak mengalami masalah buta warna yang teruk bagi program di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga, Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) dan Fakulti Sains". (Rujuk maklumat lengkap dalam syarat khas program yang berkaitan)
KELEBIHAN MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA
1. Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi Terbesar di Malaysia.
Di UTM berkumpulnya lebih 1,800 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing berkhidmat sebagai Pensyarah dan terlibat dengan kerja-kerja pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Di samping itu lebih 25,000 pelajar dari dalam dan luar negara sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.
2. Kualiti Program Akademik
Semua program kejuruteraan UTM telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari Engineering Accredition Council-Board of Engineers Malaysia (EAC-BEM). Lain-lain program bukan kejuruteraan juga telah memperolehi pengiktirafan dari badan-badan profesional masing-masing selaras dengan hasrat Universiti menjadikan UTM sebagai hub pendidikan serantau.
3. Program Pengantarabangsaan
Menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan dengan Universiti tersohor dunia antaranya University of Cambridge, United Kingdom; University de Nantes, France; Harvard University, Ohio State University, United State; University of Bologna, Itali; Meiji University, Jepun; dan lain-lain lagi.
4. Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran.
UTM menyediakan kemudahan dewan kuliah, bilik kuliah, makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan, perpustakaan, kemudahan sukan dan rekreasi yang dilengkapi dengan peralatan terkini dan kondusif. Perpustakaan UTM misalnya telah memenangi Malaysia Excellent Library Award daripada Librarian's Association of Malaysia dan ianya merupakan pemenang pertama seumpamanya di Malaysia.
5. Membentuk Graduan yang Kompeten, Employability dan Marketability
UTM telah berjaya membangunkan daya saing pelajar dengan melengkapkan mereka dengan
soft skills terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi dan Bahasa Inggeris serta kemahiran ICT agar mereka dianggap
first choice graduates. Pada tahun 2021, UTM membuktikan graduan yang dilahirkan menepati kehendak pasaran semasa apabila berjaya mencatat 97.94% bagi Kebolehpasaran Graduan Universiti Awam bagi tahun 2021. Peratusan ini merupakan yang tertinggi direkodkan universiti awam di negara ini berdasarkan Kajian Kadar Kebolehpasaran Graduan Universiti Awam (Warganegara) Tahun 2021 yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi.
6. Peluang Mengikuti Program di peringkat lebih tinggi.
Pihak Universiti juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.
7. Kemudahan Bantuan Kewangan
PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/dermasiswa/pinjaman. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada pelajar
8. Peluang Untuk Mengikuti Program Minor dan Degree ++
Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang diikuti. Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan.
9. Biasiswa Endowmen UTM
Biasiswa ini dbuka kepada semua calon pelajar dari program Matrikulasi/Asasi/STPM yang cemerlang dan memilih UTM dalam permohonan kemasukan. Tawaran biasiswa akan diberi setelah pelajar berjaya mendapat tawaran pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di UTM dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
10. Global Outreach Programme (GOP)
Pelajar UTM juga berpeluang untuk mengikuti 'Global Outreach Programme' kemana-mana universiti luar negara sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pengajian. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan global dan meningkatkan kenyakinan diri sesuai dengan pembangunan insaniah mahasiswa.
11. Excellent Track Programme (5ETP)
5 ETP adalah suatu program elit dan yang diperkenalkan selaras dengan Pelan Tranformasi Mahasiswa UTM. Program ini direkabentuk khas bertujuan untuk mengembangkan bakat, minat dan kreativiti mahasiswa sepanjang pengajian. 5 teras yang telah dikenalpasti ialah sukan, tahfiz, keusahawanan, nobel laurate dan kepimpinan.
12. Kemudahan Penginapan Pelajar
Semua pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda kampus Johor Bahru disediakan kemudahan penginapan dalam kampus sepanjang pengajian.
MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN
Maklumat lengkap mengenai UTM dan program-program yang ditawarkan boleh juga boleh didapati di laman web UTM dengan melayari
admission.utm.my
MAKLUMAT LANJUT
Segala pertanyaan mengenai program-program di UTM bolehlah dikemukakan kepada:
KETUA SEKSYEN
SEKSYEN REKRUTMEN DAN KEMASUKAN PELAJAR (SRAdS)
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA'ZIM
Telefon (General) (H/P): 0197061748 (Hotline SRAD)
E-mel: ugrad@utm.my
Laman Web: www.utm.my | admission.utm.my